25 April 2010

Kau Yang Bernama Handphone

Bagi mereka yang rapat dan selalu keep in touch dengan aku mungkin mereka akan dapat merasai 'sesuatu' perasaan seperti mau-hentak-kepala aku-ke batu apabila pesanan ringkas mahupun panggilan mereka tidak aku endah kan.

Haa,jangan ingat aku ni angkuh mahupun sombong! Tidak sama sekali! Sejak balik rumah (lebih tepat sejak June 2009) aku memang tak melekat dengan handphone KECUALI sebelum tidur sebab aku nak set alarm.

Semua member aku hangin je bila SMS diaorang aku reply 12 jam mahupun 24 jam kemudian. Baik tak payah reply terus kan? Haha,itu menunjukkan aku sayang korang aku reply jugak walaupun ter-amat-paling lambat! (Wah,BM A1)

Minggu lepas ayahanda ada cakap;

"Handphone kamu tu layak campak dalm sungai saja. Orang call banyak kali bukan nak jawab pun"

Semalam,Handphone aku terus merajuk ko!! Charge battery tak masuk-masuk padahal naik je perkataan "Charging" tu cuma kuasa baterry tak bertambah. Malah makin berkurangan!!

Handphone kesayangan

Aku dah semakin panic,dah la iPhone 4g tu lambat lagi nak release dekat Malaysia nih (orang cakap in October). Time macam ni pulak handphone ni nak merajuk tau!!

Bila fikir campur tolak darab bahagi titik perpuluhan semua,macam nak angkut itu Blackberry cukup lah kot. iPhone ni macam terlalu mahal la pulak kan.Tambah-tambah baru release. Maunya 3.5k! Matikk lah ayahanda sama ibunda tak kasi.. So if dapat Blackberry pun cukup lah. (Wah,demand!!)


Kepada ayahanda dan bonda,please buy me a new BB to replace my baby black yang sudah merajuk tu.mungkin sehingga esok sahaja baterry tu akan bertahan. tinggal 28% saja lagi. Oh Nooo!!!!!!!! Macam mana mau buat ni :(

No comments: