22 April 2010

Perangai Pelik Aku

while having my fried noodles at this time (exactly 2.5o am),I think I want to write something about my weird behaviour which obviously seen when I faced the guys.

sejak beberapa ketika yang lalu (which means months or years),aku memang dah rasa lain sangat towards lelaki! Yeah its true but it does not mean that I am a lesbian okay! Na'uzubillah..

contoh; aku sedang elok main cafe world di Facebook,tiba-tiba muncul im daripada insan yang aku tak nak sangat tegur sebab aku tak suka perangai dia. Salah aku juga,approve friend request dia buat apa,sekarang tanggung sendiri! Kalau im benda penting seperti "esok quiz Biology keluar tajuk Ecosystem dengan Phylum Annelids" tu takpe la jugak;

ini im benda yang tak berfaedah seperti "awak dah tak rindu saya ke?" atau "kenapa sombong sangat nih?".


Memang menaikkan darah kemanisan aku lah.

Entah kenapa aku menyampah sangat orang macam ni,tolong jangan hentam aku dengan kutukan tak membina anda tetapi aku nak jugak luahkan isi hati aku di sini. I need some space to deliver my anger-ness towards some "hard-to-define-people".

Kalau boleh aku nak berbaik dengan semua orang,aku tak nak buat orang benci aku tambahan pula orang yang kenal aku. Tetapi kadang-kadang cara diaorang approach buat aku tak selesa. Mungkin aku cepat merasa geli dan tak selesa bila kaum berlainan jantina mula nak cakap lembut-lembut dengan aku! Kecuali seseorang itu.

Harapan aku ialah aku nak korang paham yang aku memang berperangai pelik macam ni. Dan tolong jangan approach aku macam korang layan awek korang. Aku paranoid sikit oh! Sila layan aku macam biasa dan jangan kasar-kasar sangat. Aku mudah tersentap juga! (susah betul nak kenali diri aku ni kan)

Aku ada juga kawan-kawan berlainan jantina yang satu kepala,lebih-lebih lagi kawan-kawan baru aku yang mempunyai hobi sama denganku. Lepak sambil cakap pasal camera saja pun dah sampai pukul 3 pagi,tak ke addiction namanya tu? (hint: lepak di Facebook saja)

So,aku nak mohon maaf if aku layan korang lebih kurang wahai segelintir kaum Adam. Aku paranoid dan ada sebab tersendiri kenapa aku nak jaga distance antara kita semua. Aku punya sebab yang kukuh. Sekali lagi maaf. Dan ingin aku tegaskan di sini, I'm a brand new A, not the old naive A.

Lets be matured and talk like an adult. No flirting, no abusing (abuse to what? giler mung A hoih)




aku yang mengharap agar difahami oleh semua pihak :(

peace to world!

No comments: