17 April 2010

To All Muslimah

Terdapat enam sifat wanita yang mana jika wanita memiliki salah satu dari sifat ini dinasihati dijauhi atau dilarang daripada lelaki untuk mengambilnya sebagai isteri.

1. Al Nananah - wanita yang banyak mengomel itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Al Manah - wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabit dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini yang bekerja berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Al Manaqah - wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Al Hudaqah - wanita yang suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nunjuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Al Basaqah - wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tunjukkan kepada dunia. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

6. Al Salaqah - wanita yang mulut becoh, banyak cakap. Selalu ada ditempat kenduri atau majlis keramai kita menemui wanita yang kecoh, dan cuba memonopoli majlis. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Dinikahi perempuan itu kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Tetapi ambillah perempuan yang beragama supaya beruntung hidupmu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

credit to hjarshad's blog

Walahu'alam.


No comments: