18 May 2010

Characters

"aku mengimpikan seorang lelaki yang gentleman sebagai pasangan sehidup sematiku. Lelaki yang tolong bukakan pintu kereta bila aku nak turun/keluar dari kereta. Bukan sahaja tolong buka pintu,malah tolong pegang dan hold pintu tu sehingga aku selamat keluar dari kereta so that pintu kereta tak tercium kereta sebelah.Lelaki yang tolong pegang boat bila aku nak turun dari boat sebab boat tu tak 'parking' elok-elok.Lelaki yang boleh membimbingku ke jalan yang diredhai oleh-Nya.Lelaki yang manis tutur-bicaranya dan membuatkan aku senang ketika bersamanya.Lelaki yang pandai berjenaka kerana aku gemar ketawa.Lelaki yang punya minat yang sama denganku seperti suka shopping.Lelaki yang penyabar dan benar-benar faham dengan sifat kebudak-budakan ku ini.Lelaki yang bertanggungjawab dan rela melindungi aku dalam apa jua keadaan.Lelaki yang mencintaiku seperti dia mencintai dan menyayangi ibunya sendiri.Lelaki yang boleh menerima aku seadanya jika aku sudah tua kerepot nanti.Lelaki yang mempunyai ekonomi yang stabil.Lelaki yang seperti Adam dalam drama Adamaya."



persoalannya di sini,masih wujudkah lelaki seperti ini di muka Bumi ini?


Tak mengapalah,berangan pun sudah cukup.Tak semua manusia sempurna,begitu juga dengan aku....


Jika benar dia jodohku dan dialah yang terbaik buat diriku,Kau dekatkanlah kami semula ya Allah.Dan jika benar dia bukan untukku,Kau berikanlah aku jodoh yang lebih baik dan teguh imannya agar aku tidak lari dari landasan Mu ya Allah.Sesunguhnya diri ini amat merinduinya ya Allah..

No comments: