18 May 2010

Kau Pergi

title sangat tak boleh blah.just let it be.

Tadi lepas subuh,aku sambung tidur as usual.Then,suddenly aku mimpi sesuatu yang indah bersama teman baik ku suatu masa dulu yang kini telah pergi meninggalkan aku dan semua orang buat selamanya.

Dalam mimpi aku tu,kitaorang tengah happy like before.Aku sedikit terkilan dengan sikap kebudak-budakan kami dulu.

Mungkin tak elok jika aku ungkit benda tu sekarang tapi tu semua memang buat aku menyesal kerana aku telah membazirkan masa selama 2 tahun tidak bertegur sapa dengan dia dek kerana sikap kebudak-budakan kami.Bergaduh tanpa sebab lansung. Hanya kerana kami bosan jadi rapat sangat.Boleh pula macam tu kan?

Thanks Allah sebab masa form 3/4 kitaorang dah berbaik-baik.Lagipun masa tu dia dah berpindah sekolah ke sekolah teknik.

Allah maha Berkuasa,ayahanda aku cakap dia demam di Langkawi dan dimasukkan ke ward selama seminggu. (Hint:Sekolah teknik tu di Langkawi)

Sebulan selepas tu,ayahanda cakap dia koma dah hampir sebulan dan akhirnya dia pergi meninggalkan aku pada hari isnin di bulan March 2007 kerana menghidap barah otak di peringkat terakhir disebabkan terlalu lambat dikesan.Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan aku masa tu.Aku tak sempat nak berjumpa dengan kawan aku buat kali terakhir.Malah lebih menyedihkan lagi,ayahanda kawan baik ku ini baru saja pulang ke Rahmatullah sebulan sebelum dia pergi meninggalkan kami.Ya Allah,begitu berat ujian yang diberikan kepada ibunda kawan ku ini.

Dan harini,dia kembali dalam mimpiku membawa senyuman yang aku rindu.Aku harap kau aman dan tenang di sana bersama orang-orang yang beriman.Aku hanya mampu menziarahi makanmu bila tiba hari raya dan menghadiahkan mu sekalung Al-Fatihah sebagai bekalan untukmu disana.

Mari sama-sama hadiahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Haziqah Fadzil.


Sesungguhnya aku merinduimu,H :((

No comments: