07 May 2010

Pengalaman Cinta Monyet #1

mood aku untuk beberapa hari lepas sudah melepasi paras bahaya yang mungkin akan menyebabkan berlaku letupan bila-bila masa sahaja.Aku pun tak faham kenapa tetapi terang-terangan aku bukan 'bendera merah' sekarang.So,bukan alasan terbaik untuk situasi aku beberapa hari lepas.

Semalam aku terpanggil untuk bercerita tentang pengalaman cinta monyetku semasa di sekolah rendah.Ini semua kerana aku tengah syiok layan lagu Chantal yang mendayu-dayu.Mula teringat orang tu,tapi aku buat-buat fikir pasal benda lain and end up dengan cerita cinta monyet di zaman sekolah.

Aku berani cakap yang setiap manusia pasti akan ada 'crush' on somebody in her/his whole life right? Tak kira lah cinta monyet mahupun cinta orang hutan sebab asyik menggaru-garu badan yang gatal tu.

Aku pun tak terkecuali! Kalau nak diikutkan,banyak kali juga aku kecundang dalam cinta monyet ni. Jahil ! Tapi kecundang di sini bukan bererti aku dah teetttt or tuuutttt! Na'uzubillah!!

Cukup lah mukadimah,mari masuk ke main point pula.

Dulu masa zaman sekolah rendah,aku pernah bersuka-sukaan dengan seorang budak lelaki ni.Actually dia yang mula kasi 'hint' dulu melalui sepupunya iaitu rakan karib aku.Rakan karib aku semestinya perempuan lah kan. So,dari situ bermulanya detik cinta monyet zaman sekolah rendah.

Si budak lelaki ni bukan diantara lelaki idaman aku masa tu.Biasa lah,kalau lelaki dalam kelas pertama,berjawatan pengawas sekolah pula memang bukan taste aku.Aku suka lelaki yang muka ala-ala bujur sikit dan kurus dan mungkin budak nakal sikit. haha

Aku teringat juga masa aku berumur 9 tahun. Budak lelaki pujaan ramai which is muka bujur,tinggi,dan nakal suka tarik rambut aku. I mean tarik rambut tocang aku.Giler kau masa rehat boleh pulak kitaorang main kejar-kejar satu sekolah sebab dia suka tarik tocang aku.Masa dalam kelas tak berani pulak dia nak tarik.

Sambung balik cinta monyet aku tadi.Semua ni jadi masa aku umur 12 tahun.Kira senior year di sekolah rendah lah kan.Si budak lelaki tadi pun hantar surat cinta zaman sekolah rendah dekat aku melalui sepupunya itu. Bermula dari hari itu,tercetuslah cinta monyet antara aku dan budak pengawas classmate aku tu.

Memang macam drama lah;budak lelaki tu ketua pengawas sekolah dan aku pula ketua pengawas pusat sumber.Secocok gitu! Semua cikgu-cikgu pun boleh hidu 'kisah cinta dalam diam' kitaorang ni.FYI,budak lelaki ni anak kepada seorang usahawan ternama jugak di tempat aku ni. Dari zaman atuk dia lagi dah kaya raya,so dia ni agak famous di kalangan cikgu-cikgu.

Mak si budak lelaki ni memang tahu pasal anak dia suka aku.Semua salah sepupu dia/kawan karib aku tu lah yang pergi bocor rahsia.Tapi mak dia memang slumber ja siap suka dengan aku lagi until now and still cerita pasal budak tu dengan aku if aku terjumpa dia..

Dalam bercinta monyet tu pun,Alhamdulillah dua-dua orang dapat 5 A's dalam UPSR.Yang budak nakal suka tarik tocang rambut aku dulu tu entah aku tak ingat dia dapat berapa A tapi bukan straight A's la.

Akhirnya,si budak lelaki ni dapat masuk sekolah asrama penuh yang top di kedah ni dan aku hanya dapat masuk sekolah harian biasa.Masa tu ibunda ada offer aku untuk masuk sekolah Tun Fatimah di Johor tapi aku tak nak siap menangis lagi.Nasib baik ibunda tak memaksa.

Bermula dari hari itu,terkuburlah cinta monyet antara kami.Tapi mak dia sampai sekarang baik dengan aku walaupun aku dah bertahun-tahun tak jumpa dia.Mak dia cakap dia dah jadi budak nakal since masuk sekolah asrama tu.Mula ambil rokok,buli kawan-kawan,main rugby sampai abaikan study. Last aku terjumpa dengan budak lelaki tu masa form 5 di pusat tuition.

Kadang-kadang benda kecil macam ni akan buat kita menghargai sejarah hidup kita.Aku bertuah kerana mereka pernah hadir dalam hidupku.Manusia datang dan pergi tetapi DIA tak pernah berganjak untuk menemaniku melayari bahtera dunia fana ini.


Mungkin ada sambungan atau tidak,depends on mood :)

No comments: