12 May 2010

Pengalaman Cinta Monyet #2

since ada juga sambutan from my girls tentang kisah cinta monyet ni,aku pun setuju untuk sambung.

Tapi ini kisah cinta monyet mungkin 2-3 tahun sebelum cinta monyet yang aku cerita sebelum ini.Kisah kali ini masa aku berumur 9 tahun hingga 10 tahun if I'm not mistaken.

Sekali lagi aku nak jelaskan,ini bukan cinta pun.Just usik-mengusik saja.Biasa lah budak belum baligh,apa dia tahu erti malu!

Bermulanya kisah suka-suka ni masa aku berumur 9 tahun.Aku di kelas pertama,dan budak lelaki tu pun sama (ini bukan budak lelaki yang sama aku cerita sebelum ini). Nak dijadikan cerita,si budak lelaki ini memang ada bau-bau bacang dengan family ibunda. Jadi,kami memang kenal antara satu sama lain selepas diperkenalkan oleh ibunda masing-masing.

Lebih senang aku gelarkan budak lelaki ni sebagai "S". Aku dulu ada pergi kelas KAFA (agama) di sekolah petang-petang. S pun ada jugak dan again kitaorang di kelas yang sama. Dia selalu senyum-senyum bila terjumpa aku. Huish,bikin wa cayaq (cair) beb!! S mungkin ada rupa yang comel dan berkulit putih daripada kebiasaan lelaki lain.

Bila dia senyum tu,memang tak terkira lah aku punya happy.Kitaorang tak pernah bercakap secara direct pun. Malu! Tapi balik dari kelas KAFA tu kitaorang jalan sama-sama. Haha..sweet! Sumpah tak malu,biasa lah budak-budak. Lagipun rumah aku dekat saja dengan sekolah.

Emak si S ni pun memang selalu sangat cakap "Comelnya menantu makcik,nanti besar memang ni la menantu makcik!!" dengan penuh keyakinan. Aku naik malu lah,dia cakap macam tu depan mak dan atuk aku okay!! Tak ke rasa macam nak masukkan muka dalam tempayan sebab terlampau malu.

Mungkin mak dia sengaja nak mengusik aku kot,tapi aku memang suka amik serius semua benda.hahaha! S ni berkawan baik dengan budak lelaki nakal yang suka tarik rambut tocang aku tuh. Kalau nak diikutkan,memang aku suka dua-dua. Hahaha..boleh pulak macam tu kan!

Ada satu masa di darjah 5, S dan budak penarik rambut tocang aku tu ada buat persembahan di sekolah sempena Hari Guru ke Hari Kokurikulum entah. Lupa! Tapi yang aku still ingat dengan fresh diaorang perform as a band seramai 4 orang then nyanyi lagu "SEJARAH MUNGKIN BERULANG by THE BOYS". Sumpah aku gelak teruk sekarang. Kelakar okay bila fikir balikk!

Si S tu jadi vokalis.Kononya nak jadi Tomok la kan. Hahaha tak boleh blah! Tapi sura dia memang sedap pun. Tu pun masa belum baligh la kan.Sekarang aku tak tahu la.

Time tu,aku pun buat persembahan jugak. Aku jadi pelakon iklan Mee Maggie! Ada time tu,iklan maggie yang comel jgk tu.Susah aku nak describe sebab dah bepuluh tahun iklan tu terkubur. So macam time rehearsal tu selalu la jumpa dia kan.I mean boleh lepak bersama lah. Dalam kelas memang takdo maknonyo aku nak cintan cintun. Belajor!!

Kitaorang berkawan agak rapat lah lepas tu. S siap kasi gambar lagi kan. Sekali lagi tak boleh blah budak-budak macam kitaorang ni. Siap buat biodata bagai! Lemah aku nak gelak macam ni.hahahha.

Masa hujung tahun darjah 5,aku dipilih menjadi Ketua Pengawas Pusat Sumber manakala S pula dilantik menjadi Penolong Pengawas Pusat Sumber. Cikgu yang handle Pusat Sumber ni memang dah lama rapat dengan aku dari aku darjah 4 lagi. So dia memang nak sangat aku pegang jawatan tu and lastly end up lelaki yang jadi vice-president! Macam kelakar je kan.

Cikgu PSS tu pun memang dapat hidu lah yang S tu suka aku.

Tetapi,apakan daya..Masa awal tahun darjah 6 dia berpindah ikut keluarga ke Sabah. Lepas tu dia ada contact aku lagi tapi tak rapat sangat macam dulu.

Kisahnya terlerai di situ sajalah dan lepas tu baru jumpa lelaki dalam entry sebelum ni tu.Aku dengan S hanya berkawan rapat sahaja. Masa tu terlalu kecik nak cerita pasal puppy love ni. Tak sesuai.

So,ini jelah cerita pengalaman Cinta Monyet di zaman sekolah rendah aku. Masa zaman sekolah menengah lagi dasyat. Tapi end up lepas sekolah baru jumpa seseorang yang seakan-akan Mr. Right tetapi sekali lagi terkubur di pertengahan jalan.

Masih nak sambungan ke?Eden dah malu nih

No comments: