15 May 2010

Sound Clique at Penang #2

sambungan daripada entry lepas.

Setelah bebrapa minit berehat di dalam bilik dan solat,waniiee ajak semua members lepak dekat balkoni untuk design our own shirt untuk photoshoot keesokan harinya. Bila tengok masing-masing perah keringat nak design baju sendiri,rasa macam di zaman sekolah rendah/tadika pulak! Comel je kan?

Masa tu aku dengan twin belum design pun sebab kitaorang sibuk buat name card untuk photoshoot petang tu. Si Jerry dengan Ilyas pulak tengah ber-hibernate di bilik diaorang. Memang sengal betul.At 5 pm kitaorang dah gerak ke tepi pantai. Bahang masih terasa tetapi cuaca agak mendung.Aku,twin,Jerry,Iela,Ilyas bergerak lambat sikit sebab perlu siapkan name card tu. The girls yang lain dah lama pergi beach. Aku memang tak mandi laut pun sebab ayahanda dah pesan jangan mengada nak mandi laut kerana aku tak pandai swimming! lols!!

Jadi aku lepak shoot apa yang patut jelah dengan Jerry dan twin. Diaorang takpe la pakai short pants,aku ni pkai jeans bagai.Last sekali seluar basah sampai ke betis! Amik kau! Dah la bawak jeans sehelai saja. Menangis ko dekat situ!!!

Best jugak Batu Feringgi ni,banyak aktiviti boleh buat.The girls and Ilyas main banana boat tp diaorang just round-round laut je tak jatuhkan pun sebab diaorang request tak nak jatuh. Then mimi dengan shikin naik parachute. RM50 per person. Giler berani diaorang! Mimi tu dah la kecik saja,memang senang nak melayang.
Next,dekat beach tu jugak ada horse riding, RM 10 per person. Jalan-jalan tepi beach naik kuda memang best! Tapi aku tak naik pun sebab sibuk ambil gambar dan nak tunggu sunset.

Macam-macam ragam orang yang kitaorang jumpa masa di beach tu. Ada sorang mat salleh,tak tahu dia datang dari negara mana. Rambut dan muka dia dah ala-ala muka pelakon utama Love Guru tu! Giler terkejut aku ternampak dia pakai underware g-string saja!! Cuba bayangkan!! Aku siap jerit lagi tanya twin dengan iela orang tu pakai underware ke tak sebab time tu aku tak pakai spectacle so tak jelas sangat pandangan aku. Sah mat salleh ni tak malu! Geli nak mampus bila dia lalu betul-betul depan aku.

Lepas tu the girls yang lain balik bilik sebab nak bersihkan diri sementara aku,twin,jerry dengan iela masih di beach nak tunggu sunset.MasyaAllah,cantik sungguh sunset petang tu!! Allahuakhbar!! Aku dapat shoot banyak juga gambar masa sunset tu tapi aku malas nak edit. Nanti-nanti lah aku letak.

Then ada 1 keluarga orang Arab lalu depan kitaorang.Kebetulan mereka ada anak lelaki yang super active!! Namanya Adib. Mama dia friendly,cakap juga dengan aku. Ayah dia pulak cakap dengan twin dan Jerry jelah. Mama si Adib ni berpurdah,tapi aku boleh nampak mata dia. Cantik! Adib ni memang tak reti duduk diam,orang nak amik gambar dia tapi dia asyik main-main dengan pasir. Very active maaa!!
Lepas dah puas hati ambil gambar sunset,dalam pukul 7.35 pm terus balik apartment. Nak bersihkan diri dan keluar ke night walk pulak pukul 9 pm.

to be continued

No comments: