09 May 2010

Wo Ai Ni

blogwalking di laman rakan seperjuangan di kolej dulu buat aku pun rasa macam nak post pasal hari ibu. Tapi,aku belum pun wish sama ibunda face-to-face. Aku ni ego banyak la jugak.Main sms saja if nak wish birthday or what ever.

Dulu pernah aku buat ibunda marah then yang kelakarnya aku pergi tulis "ANGAH MINTAK MAAF" besar-besar atas kertas A4 warna putih then letak bawah pintu bilik ibunda. Wah,macam nak hantar surat cinta pulak kan? Tapi lepas aku hantar surat tu,terus aku lari masuk bilik dan pura-pura tidur padahal muka aku blushing giler!! Kadang-kadang aku suka malu tak bertempat.
Seperti Jaya Junior,ibundaku juga seorang guru tetapi di sekolah menengah.Nak diikutkan,ibunda garang sebab she is a former Penolong Kanan HEM.Semua yang memegang jawatan ni mestilah adik beradik singa! Tapi sekarang ibunda dah naik pangkat,so she is no longer jaga Hal Anak Orang Lain lagi. Mungkin disebabkan itu aku pun dah memiliki kualiti ke-singa-an yang terserlah dari kecik lagi.Tapi jika kena pujuk rayu,camera Canon jatuh ke tangan juga(p/s:tapi duit ayahanda yang keluar)...hahaha..sila gelak jahat!

Okay japlagi ibunda balik aku mintak maaf.

Lately aku ada terfikir,"what if mom/dad is not around? what will happen?". Aku belum bersedia untuk itu lagi kerana aku masih belum berjaya membalas jasa ibunda dan ayahanda walau 10% pun.


Dulu masa di kolej,aku selalu rindu ibunda.Mungkin sebab aku 'anak ikan emas' ibunda kot.Dah rindu sangat tapi ego nak call ibunda dulu. Yelah,nanti kalau ibunda cakap "kenapa call tiba-tiba ni? Nak duit ke?" memang aku terkedu la nak bagi alasan.Ego tu!!

All in all,she is the best GIFT for me.I love my parents with all my heart.No doubt about that.Dulu masa di kolej aku selalu belikan hadiah mahal-mahal untuk ibunda.Tapi harini,dek desakan hidup yang terpaksa menanam sambil memakan anggur,aku just dapat wish bermodalkan saliva sajalah. Sorry,tahun depan insyaAllah ada hadiah.

Happy Mothers Day to all mothers in this entire world (termasuk 'mak ayam' sebab dia kan maakkk!! you allzzzz..haha)

I love my mother as the trees love water and sunshine - she helps me grow, prosper, and reach great heights!

No comments: