24 December 2010

Kalau hari-hari macam ni boleh bankrupt Gabenor eden!

Salam Jumaat semua! How's your day?

Semalam satu hari hujan membasahi bumi Indera Mahkota ni.Rasa macam ada di Rusia pulak! Tapi aku rasa temperature untuk satu hari semalam ialah antara 27-29 degree celcius lah. Wah! Macam pakar kaji cuaca pulak aku nih..


Okay,just nak lepaskan perasaan di sini yang aku 'tershopping' sakan pulak hari ni! Udah ler takde dalam plan pun nak keluar berfoya-foya harini sebab baru hari rabu lepas dah keluar untuk menikmati Pink Day at Baskin Robbin tu.

Barang yang "tershopping" minggu lepas !


Di samping Baskin Robbin,pasti terselit benda-benda lain dan makanan adalah perkara wajib yang perlu dibeli setiap kali keluar tak kira lah kalau dah keluar hari sabtu lepas dengan my aunt and her family satu hari suntuk dan beli makanan macam stok untuk mangsa banjir padahal 2 minggu lepas dah bawak 1 beg besar berisi makanan dari Kedah! *hah amik kau panjang betul aku berleter!!


Wahai A's tersayang,makanan dalam bilik ni memang semakin hari semakin habis dan setiap kali kau keluar kau pasti beli makanan lagi dan macam mana badan kau tak naik woit!!


Tapi mengikut kajian saitifik,kalau suhu menurun dan semakin sejuk maka manusia akan terdorong untuk makan dengan lebih kerap kerana nak kumpul lemak untuk jadi shield dengan cuaca sejuk. Jadi,aku tengah praktikkan lah teori ini.LOL


Harini dengan tak sengaja pi beli vintage dress dengan shawl with inner pulak dah! Haruuuuu! Kenapakah aku begitu suka habiskan duit nih!! grrrrrrr....Bukan dapat duit PTPTN pun,apatah lagi scholarship yang lain.

Barang yang 'tershopping' hari ni !
Yang penutup kaler hijau tu nak sedekah untuk mahallah.Yang lain semua eden punyo.Actually barang makanan yang dibeli sabtu dan rabu lepas ado dlm almari tu ha,takmau reveal sini nanti orang cakap aku buruk lantak!


Maaf Gabenor di rumah,saya bersalah.Tapi saya tak habiskan duit ke jalan yang tak betul contoh keluar dating dengan boyfriend dan tengok wayang cerita Repunzel. Saya tak buat semua tu wahai tuan Gabenor! Jadi,tambahlah elaun tiap-tiap minggu supaya saya dapat kumpul dan beli kereta sebuah lagi untuk bawak datang sini.hahahahahahaha!


Pendek kata,pergilah shopping guna duit sendiri kerana anda akan merasai kepuasannya ! Jangan guna duit Gabenor di rumah mahupun Gabenor PTPTN dan juga Gabenor JPA anda kerana kelak anda yang perlu makan maggie hari-hari. Itu pun pendek yang kata,panjang tak tau la kata apa pulak.


BYEP!

1 comment:

fikah © said...

tolong la letak gambar ur food stocks.
suka la tengok gambor2 stok makanan sume ni.
hehehehe