17 February 2011

Quick Update #8

Sementara tunggu gambar-gambar dalam album di upload ke server printing,yakni 100% urusan atas talian (online),aku nak update blog sebentar.


Sejak pulang ke kampus selepas CNY,aku rasa macam tak cukup nafas saja. Kerja menimbun-nimbun! Entah dari pelusuk dunia mana kerja-kerja ni datang! Sebelum cuti aku rasa semua lecturer tak kirim 'hadiah' pun?


Assignment maha banyak! Exam sampai 4 paper dalam seminggu! Ayahanda dan adik aku call pun aku tak sempat nak jawab sebab selalu diaorang call time aku busy.


Lepas dah settle exam hari isnin lepas,hari selasa cuti kan? Hurm,nama aja cuti dari sekolah tapi kerja tetap kena siapkan kalau tak macam mana kau nak dapat gembirakan hati para pengantin tu yang dah nikah lama dah tu!!


Bukan senang nak buat kerja dan belajar at the same time. Now aku dah rasa pressure sangat-sangat! Sorry kepada mereka-mereka yang terlibat yang menjadi tempat aku luahkan perasaan. Kalau aku main simpan saja,mau jadi gila!! Na'uzubillah!


Kau bayangkan,dah edit gambar setiap keping dengan penuh keringat dan kudrat dan terus edit album untuk photobook pulak dengan penuh iktizam dan bila nak upload dekat server untuk printing,1% complete uploading memakan masa selama hampir 30minit!!!!!!!Semua pages ada 43,gambar ada berapa ratus keping tak ingat. Bayangkan berapa lama aku nak tunggu untuk siap upload dekat sever kalau internet connection wifi+broadband macam ni!! Dah 2-3 tempat aku try untuk cuba cari connection paling laju untuk both wifi dan broadband,namun tetap pulang dengan kekecewaan!!!


BAYANGKAN BETAPA AKU STRESS!!!


Dengan tak cukup tidur,merempat dalam musolla hostel setiap malam sehingga pukul 3-4 pagi sebelum balik bilik dan tidur. Bagun pagi,solat subuh dan tidur kejap sebelum pegi kelas.


Setiap hari rutin aku macam tu! Itu baru 1 album,kalau ada 10 album?? Makan pun tak ikut time,dah 3 hari makan lunch tak ikut time. Pukul 4 petang baru nak makan. Itupun setelah badan dah gigil-gigil sebab lapar ;(


Sekarang baru aku tahu betapa susahnya nak cari duit. Ini pun aku tak tahu aku dapat duit ke tak sebenarnya.LOL. Tolong-tolong kawan saja.But usually,the price for editing itself is about RM150-RM200 per custom album. -_-" Quite pricey isn't it?



Moral of the story: hargailah duit mak abah anda. Bukan senang nak dapat 10sen pun di zaman millenium macam ni. Aku yang baru umur 21 tahun pun dah letih nak buat kerja,apatah lagi ibu bapa kita yang lebih tua daripada kita kan??


To Ayahanda dan Bonda: angah janji akan call lepas dah siap semua ni. I am so stress lately,and I hope I can handle it by myself. No need to worry. Love you!







p/s: dah 3 jam online,baru 23/43 pages yang dah upload -_-" NANGIS!!!!!!!!!!!!!!


p/s/s:tepat jam 5.50 petang sesudah aku solat Asar di musolla a.k.a office aku untuk minggu ni,akhirnya dah berjaya upload!! yeayyy!! boleh tidur dengan nyenyak malam ni!! Alhamdulillah

5 comments:

sri said...

huahua thats why aku stop. html coding lagi gilos, lepastu bukan takat edit hoi.. graphic illustrationg TT__TT

a's said...

aku serius tak nak buat time belajar!! LETIH jiwa dan raga!time cuti okay la jugak

Wahida said...

sabar ye anna...kesusahan ni jadi pengalaman n mematangkan anna nanti..akak doakan awak ye..love...

nabilpotter said...

first time dekat sini..

belajar mana ye?

nak tanya, guna software ape tu?

buat custom album ek? knpa banyak sgt pageS?

a's said...

@nabil_potter
oh,belajar dekat kuantan ni...IIUM

tu software untuk upload gambar ke server je.untuk buat album.its a software from a printing company so that kita boleh print online je.tak payah pergi kedai printing utk buat album.

itu bukan custom,itu photobook je.if custom kertas lagi tebal