09 April 2011

Baca Dengan Hati

Kau pernah pergi memancing ikan??
aku sesaja nak berkongsi ilmu..
orang cakap kalau ikan terlekat di mata kail,
jangan sesekali kau LEPASKAN semula..
kerna mata kail sangat berbisa..
mungkin ikan itu akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
mungkin ok.

Begitulah juga..

Kalau kau banyak memberi PENGHARAPAN kepada seseorang,
setelah dia mulai MENYAYANGI kau, hendaklah kau menjaga hatinya..
Janganlah sesekali kau meninggalkannya begitu saja..
Kerna dia akan TERLUKA oleh kenangan bersama kau dan
mungkin TIDAK AKAN MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingati kau..
sekali lagi aku ulang, mungkin..


Orang cakap kalau kau menadah air, biarlah berpada..
jangan terlalu mengharap pada takungan tersebut dan
janganlah menganggap ia begitu teguh..
cukuplah sekadar untuk keperluan..
Apabila ia retak, sukar utk kau menampalnya semula..
Akhirnya ia mungkin akan terbuang begitu sahaja..
Namun jika kau cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat digunakan lagi..
Mungkin ya kawan2..


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH dia seadanya..
Janganlah kau terlalu mengagumi dia dan
janganlah kau menganggap dia begitu istimewa..
Cukup dengan menganggap dia manusia biasa..
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN,
bukan mudah bagi kau menerimanya semula..
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkan dia..
Sedangkan jika kau MEMAAFKANNYA,
mungkin hubungan kau akan TERUS hingga ke akhirnya..
mungkin..


Jika kau telah memiliki sepinggan nasi yang mengenyangkan & berkhasiat,
mengapa kau berlengah dan cuba mencari makanan yang lain?
Terlalu ingin mengejar kelazatan??
Kelak, nasi itu akan basi dan kau tidak boleh memakannya lagi.
Kau pasti akan menyesal..
ya pasti!


Begitu juga jika kau telah bertemu dgn seseorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu, MENYAYANGI & MENGASIHI,
mengapa kau berlengah, dan cuba MEMBANDINGKAN dia dengan org lain?
Terlalu mengejar kesempurnaan??
Kelak kau akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
kau juga pasti yang akan MENYESAL..
Pasti~


credit to useriz

4 comments:

Sang Harima said...

n_n.

"Jika kau telah memiliki sepinggan nasi yang mengenyangkan & berkhasiat,
mengapa kau berlengah dan cuba mencari makanan yang lain?
Terlalu ingin mengejar kelazatan??
Kelak, nasi itu akan basi dan kau tidak boleh memakannya lagi.
Kau pasti akan menyesal.."

Makan nasi saje, tak sedap. Tu kena cari lauk jugak. Gua pun nak jugak rasa sedap, takkan nak sihat je sokmo-sokmo..

hehe

iela_fadila alias said...

sangat tepat~

a's said...

#Sang Harima
betul tu,semua orang nak makan makanan yang lazat.tapi dari sudut positifnya ayat ni,it means kita perlu bersyukur dengan apa yang ada di depan mata.jangan gelojoh mencari kesempurnaan sebab kita sendiri pun tak sempurna mana kan?

this is my humble opinion only.feel free to critic.

a's said...

#iela_fadila
huhuhu..indeed! copy dari orang je :)