11 April 2011

Jalan Jalan Cari Makan Edisi Kuantanamo #3 & Hari Yang Panjang

Salam semua! Haish,dah lama rasanya tak keudara secara langsung.Semua entry sebelum ni kebanyakannya auto-published sajo so that blog ni tak se-boring tuan dia -_-'


Alhamdulillah,aku dah berjaya menempuh 5 peperiksaan bagi 5 subjects. Komen pasal exam? Biasa-biasa saja,lets Allah do the rest. Aku dah usaha,doa dan kena mintak tolong Allah sahaja sekarang. Killer subjects untuk exam ni (so far) aku rasa subject Molecular Cell Biology and UNGS. HA-HA aku tau subject UNGS tu semudah makan kuaci bagi sesetengah golongan,tapi entah kenapa aku macam 'down' sikit masa jawab exam paper UNGS tu. Soalan macam pelik dan aku pun mula fikir benda-benda yang pelik dan end up essay yang aku tulis tu macam tak ada kaitan ja? Gasaklah,janji aku dah usaha.


Hari ni pula paper Molecular Cell Biology. Pandangan aku,soalan semua macam mudah tapi aku LUPA APA YANG AKU PATUT JAWAB!!! meaning that aku tak ingat theory-theory yang patut dibahaskan dalam soalan tu. Harap-harap apa yang aku jawab tadi ada juga yang betul kalau tak DEAD MEAT!!!


Sama-sama kita berdoa untuk kejayaan kita semua okay kawan-kawan? Jangan pernah berputus asa dengan-Nya!


Selepas peperiksaan MCB,kitaorang dengan semangat waja walaupun dengan sakit kepala yang amat sebab tak cukup tidur dan tak makan apa-apa dari pagi sehingga petang sebab nervous nak jawab exam punya pasal,kitaorang pun siap sedia nak pergi rumah cikgu Bahasa Melayu kitaorang. Ada makan-makan dan tahlil sikit. So,lepas dah settle bab transport terus balik bilik dan rehat barang 10-15 minit sebelum mandi dan siap-siap untuk ke rumah cikgu.


Plan asalnya nak bertolak awal dalam pukul 6.15 petang sebab nak tolong cikgu masak apa yang patut.So,bergerak lah kami ke destinasi.


Tak sempat nak panas bontot di kerusi kereta tu pun,F dapat call dari Yana dan kami menerima berita buruk. Cikgu LUPA bahawa majlis makan-makan tu kitaorang decide nak buat on 10th April. Dia ingat nak 14th April -____________________-''


Lepas dengar berita buruk tu,pening kepala aku semakin menjadi-jadi. Wey aku letih sangat plus lapar giler konon nak tinggal space untuk makan makanan sedap-sedap banyak-banyak di rumah cikgu. Punah semua angan-angan!



Alang-alang dah dalam kereta,kitaorang mintak brother tu hantarkan ke Teluk Cempedak.Kitaorang decide nak lepak sana saja. Tak sangka satu kelas pun ON saja nak lepak dengan ada yang berbaju KURUNG serta JUBAH ye adik-adik. Siap dengan bawak kain telekung serta surah Yassin lagi...Memang mantop!


Maka kami pun beriadah secara tak sengaja di tepi laut tu walaupun badan letih tak terkira mintak katil nak tidur.


Setelah masuk waktu maghrib,para wanita menunaikan solat secara jemaah di surau TC yang kotor dan sempit itu.Alhamdulillah selesai dan terus terjah gerai makan seafood di tepi-tepi tu.


21 orang kesemuanya,4 meja panjang bergabung menjadi 1. Bukan main makan besar masing-masing. Alhamdulillah setiap meja tak ada pembaziran berlaku. Nampak sangat masing-masing lapar kan.huhuhu

kenduri 'Tahlil' di Teluk Cempedak.niceee

sebelum
selepas

Walaupun rasa macam kena "Wakenabeb" hari ni,tapi ada hikmah semuanya kan? At least kitaorang dapat makan open long table di TC walaupun tak sesedap di Tanjung Lumpur tu kan.



Finally lepas lepak-lepak sambil tunggu makanan dalam perut dihadam dan duduk di tepi pantai sambil buat video VJ Hot tu dengan talk to the heart triosome tu,akhirnya kami pun berjaya mendapatkan kereta delivery yakni brother medic senior yang sangat gampang yang rasa macam nak pelempang tapi mereka coooliioooo..Apadehal naik keta duduk sompit-sompit 4 orang dekat belakang nak dibandingkan jalan kaki balik hostel kan.Syukur syukur.hahaha.Sebelum balik make sure ice cream Mc'D di tangan setiap orang! lalala


Sumpah saya sayang semua orang yang ada dalam gambar ni sangat-sangat!!! Semoga kita happy-happy macam ni selalu sehingga 4th year walaupun nanti 4th year mungkin dah tak sama kelas ;'( sebab masing-masing dah lain major.


p/s: Dalam semester ni saja,aku rasa dah berpuluh kali aku pergi Teluk Cempedak tu.Naik muak dah weii!!! Tolong bawak aku pergi Mauritius ke Maldives ke baru lah celik sikit minda ni! hihihi

p/s/s: One paper to go this Thursday! Dah boleh kibarkan bendera setengah tiang; Di ambang kemerdekaan!! yehuuuuuuuuu

Gambar ehsan daripada SE Vivaz Pro only

6 comments:

fikah © said...

sumpah abang2 tu cool siot.
dah la baik ouh.
hahaha.

nanti takdak dah nak dapat travel ramai2 macam ni.
sob sob sob.

takpe2 next time, travel with the whole class. hahaa

Nies Hanna said...

dah la semua pakai baju kurung kan..hehe...tu abg delivery ka? nnti bg nombor peliss..if xda delivery nak blk rumah nnti

a's said...

#fikah
hahaha,betul! sekali tgk tak hensem,2 kali tgk mcm okay la boleh tahan.hahahaha..mereka sengal!


nanti kita kena plan gi trip ramai2..for sure havoc!

a's said...

#Nies Hanna
ha,tau takpa..siap telekung dgn yassin lagi!

kami dah tanya smlm,dia kata dia exam 17hb.if nak guna keta dia,amik la dia kata.hahaha..dh la keta honda city

fanafanny said...

seronok!!!!!
dan sedih lepas ni kena separate 5 bulan!! =(
so,mcm mn plan 14hb ni??

a's said...

#fanafanny
tu la,lama kot 5bulan..lepas raya semua tu..
misi 14hb sentiasa jadi.hanis nk mintak bargain dgn org tu buat meeting hari jumaat.mintak-mintak berjaya