25 April 2011

Day 6

Ate,udah tidur awal malam semalam,jadi teman pun bangun awal (tapi bagi morning person,pukul 8.30 pagi tu kira lambat dah kot?). Lepas bersihkan diri,terus online bagi membalas dendam seharian tak online a day before.


Lepas dah sedar diri yang perut tengah merengek mintak diisi,maka pergilah aku ke dapur untuk ketuk-ketuk kuali sebab lapar -___-"


Dah defrost ayam,ikan dan segala sumber protein dari freezer tu terus otak ligat berfikir nak masak apa? Aku ni bukan mahir bebenor bab masak ayam ni,setakat tomyam,sup dan masak kicap tu lulus dengan cemerlang lah. Tapi aku bosan sudah mau makan itu semua. AKu mahukan sesuatu yang baru! hahahaha poyo!


Lepastu terus datang usha laptop semula,konon nak cari resepi Ayam masak merah tapi hampeh semua resipi macam berbeza dengan apa yang ibunda aku masak selama ni. So,aku dengan membuta tuli tetapi berkeras mengikut naluri hati memberanikan diri masak ikut sesedap hati.hahahahaha


Alhamdulillah,usaha selama 2jam setengah berhasil dengan jayanya! Aku dapat menghasilakan 3 jenis lauk serta dapat masak nasi guna rice cooker within that time constrain. Syabas bettey! Dah lulus untuk khawin Spidey kata. Tapi aku tak kata pun la. (READ kata=cakap/bagitahu)

Left: Ayam Masak Merah , Right: Sambal belacan tomato (?) Back: Sup veggie


Udah siap memasak,teman pun naik atas bersiram sebab baju bau cili+belacan+assam jawa! Udah beres semuanya,teman solat Zohor dan menikmati lunch yang enak di dunia (sebab sendiri masak,sendiri makan).


Overall,kira lulus la ibunda cakap. Setakat nak hidup tu boleh sangat,tapi kalau nak masak untuk family-in-law aku kena cergas sikit sebab 2 jam 3o minit tu lama bebenor dik non oih!!


At 5pm,continue edit gambar ber bundle-bundle..Banyak lagi aku tak settle kan. Ramai classmates yang masih ternanti-nanti email gambar daripada aku. Maaf kawan-kawan,saya tengah struggle untuk siapkan dalam minggu ini jugak. InsyaAllah saya akan email. Sekarang sangat busy dengan editing. Nak jadi housewife lagi kan. Busy mak noks! homaigad!


At4.30pm aku bantai makan nasi sepinggan lagi! Ni yang aku malas nak masak ni,nanti aku akan OVER EATING sebab konon sedap sangat lauk-lauk tu.Kalau diri sendiri yang tak puji dan bantai makan sampai licin,siapa lagi kan?HA-HA. Lagipun ayahanda dan ibunda pukul 5 lebih baru nampak jejak di rumah ni. So,sapa lagi mau makan semua tu kan kalau tak aku...Confirm 5 bulan cuti ni akan 'membuahkan' hasil yang lumayan la.

Lepas tu malam belajar editing dalam Digital Camera magazine lagi then edit picture bunga-bungaan nanti kasi upload sini. Then merewang di Facebook bersama budak kelas.


Done with Day 6

10 comments:

Nies Hanna said...

wow..nmpk sedap sajo ayam masak merah tu..

iela_fadila alias said...

terliur weh tgk air asam tu ! + dgg rebus..meleleh2 !

Zie. said...

thanks for checking out my blog hee. tk rindu talhah food ah if u can cook like this LOL

a's said...

#Nies_Hanna
ni semalam punya lauk ni :P

a's said...

#iela_fadila alias
yummy!! tadi tak beli daging pun :(
tunggu raya korban ah buat mcm tu :D

a's said...

#Zie Asri
Your welcome babe :)
hehehe..buat masa skng mmg tak rindu pn.hehehehe

Ms NIA said...

nyum...nyummmm

fanafanny said...

wow!!nmpk sodap!nnt boleh prgi sna sleepover kuikuikui

a's said...

#Ms NIA
hehehe jemput makan!

a's said...

#fanafanny
alhamdulillah it turned out well.hahaha come come! duduk sorang2 ja pun