07 April 2011

Tokwan Saya Pesan...............

first of all,adakah gambar ini sangat menggerunkan bagi anda?
Jika ya,sila tekan butang X di penjuru kanan browser window anda bagi mengelakkan sebarang kemalangan jiwa berlaku.


Bukan nak bergurau atau apa-apa tapi aku suka sangat dengan gambar Kak Limah pakai jersi Malaysia ni. Terima kasih kepada orang yang edit gambar ni.Lu memang terbaik!!


Dulu masa darjah 1/2/3,aku pernah kena histeria for 3 days. Demam panas dan aku sempat untuk melihat makhluk Allah yang bernama jin/syaitan sebab masa tu aku sempat cakap dengan 'dia'.Lama jugak effect dia ni,tapi aku bukan kena histeria yang mengilai-ngilai macam pontianak harum sundal malam tu.But aku suka duduk tempat sorok-sorok seperti di celah-celah almari dan juga bawah meja kopi masa kenduri kawen makcik aku di Ipoh.


Punca aku kena histeria ni sebab aku ikut abang sepupu aku pergi rumah makcik aku yang nak kawen tu,pada malam sebelum kenduri untuk ambil barang. Biasalah rumah baru dan belum dihuni dan belum pun baca Yassin.Abang sepupu aku pulak asyik mengusik aku cakap dia ada nampak benda putih belakang sliding door tu.Apa lagi,aku pun mula terbayang-bayang and memang nampak kelibat pun padahal masa tu kitaorang pasang lampu rumah terang benderang. -___-'


Hurm,keesokan harinya memang aku demam.Tapi ayahanda dan ibunda ingat aku demam biasa.Aku duduk di penjuru almari sorang-sorang the whole day.Then kitaorang pun balik rumah di Kedah. Otw balik,aku cakap nak makan KFC but end up aku muntah balik semua benda yang ada dalam isi perutku. -____-'


Bila ayahanda dan ibunda risau,diaorang panggil tokwan aku tolong tengokkan apa yang patut......Memang betul aku kena demam 'special'.


Alhamdulillah berkat doa arwah tokwan aku yang merupakan seorang imam tu berjaya 'keluarkan' benda tersebut dari dalam badan aku.



Tokwan pesan:
"Kalau kita takut dengan 'dia','dia' lagi suka 'usik' kita"


macam tu lah lebih kurang.


Lepas daripada kejadian tu,aku memang tak takut dengan benda-benda macam ni sebab aku lagi takut bila 'dia' masuk dalam badan aku and tak ada orang yang boleh tolong ubatkan sebab arwah tokwan dah lama meninggal dunia since sekolah rendah lagi.


In short,betul la kata tokwan aku tu. Kadang-kadang minda kita yang menjadi dalang semua perasaan takut padahal tak ada apa-apa pun dan mungkin itu hanya ilusi kita ja kan? Indeed,our brain is such a good manipulator! Ketahanan diri perlu kuat (READ: Amalkan baca Al-Quran dan hafal surah yang lazim) InsyaAllah Allah tolong kuatkan semangat kita.


Teringat dekat pakcik bomoh siam plawokplawokplawok dalam movie Hantu Kak Limah Balik Rumah tu cakap,


" Kalu kito ingat ko ore,ore ingat ko kito.Sebab tu dia maghi jupo kito"
Translate: " Kalau kita ingat seseorang,seseorang tu pun ingat kita. Sebab tu dia datang jumpa kita"




Jadi,tak payah nak 'ingat' sangat 'dia'.Baik ingat ko DIO hok Maha Esa lagi molek.....



Jangan takut-takut lagi ya kawan-kawan!!

2 comments:

Useriez said...

hantu kak limah pki baju kedah tengok dak lagi?

a's said...

#useriez
hahaha,ada ka?awesomeeeeee!! nak nak!!