02 May 2011

Perayaan atau Keramaian?

Sila beri definisi 'Perayaan' dan 'Keramaian'.

Aku agak keliru dengan adat atau budaya sesetengah bangsa ini. Straight to the main point,sejak aku menjejakkan kaki ke rumah ini,Wat Siam (Siam temple) yang jaraknya 500 meter dari rumah aku ada pasang 1 poster besar punya macam Jom Heboh punya size aku kira. Atas poster tu kalau kau sekolah rendah dan tadika di Tanah Thai,memang kau boleh baca. Bagi aku yang sekolah melayu ni,memang sepatah haram tak paham. Yang aku tau,ada gambar pakcik tua pakai uniform sami warna oren.

left wing of the temple. Yang bangunan bertingkat-tingkat tu asrama sami -__-'


Kira-kira,sudah 2 minggu perayaan (?) di Wat Siam tu berlangsung. Bila aku tanya dengan ayahanda


"what's going on there?"


ayahanda pun cakap "Oh itu Ketua Sami yang mati 3 tahun lepas diaorang nak buat upacara pembakaran mayat hari ahad ni (1 mei 2011)"


Aku pun terfikir sejenak. Apa pulak orang mati tapi Wat Siam tu penuh dengan lampu neon serta khemah-khemah macam nak sambut hari raya??


Hari ke hari,semakin banyak rumors aku dengar daripada kawan-kawan ayahanda yang berbangsa Thai (?) dan orang sekeliling. Know what,tempat mayat ketua sami tu pun dibuat khas dan dibawa menggunakan 2 trailer besor! Coba kau bayangkan...........

lihat lampu-lampu itu..ini aku ambil masa minggu lepas dalam kereta masa tengah tunggu adik pergi beli ais krim Paddle Pop untuk aku :P,tak ramai orang sangat masa ni.


FYI,Wat Siam di rumah aku ni memang wat yang paling popular di Utara Malaysia sebab ramai Ketua Sami tinggal sini. Tetiba aku rasa famous kejap.HA-HA!


Sejak dari minggu lepas,aktiviti pembacaan kitab-kitab agama mereka berlangsung. Setiap masa asyik baca saja sampai aku dah naik jelik tahu? Udah ler pakai microphone kan,memang 1 kawasan ni mengalami pencemaran bunyi. Sehinggakan aku nak dengar khutbah Jumaat pun tak dapat sebab microphone diaorang overshadow microphone masjid yang jaraknya 1.2km dari rumah aku.

ini gambar malam semalam.Masa tengah tunggu traffic light betul-betul depan rumah aku.Gedik pulak camera phone nak ber-bokeh time aku tak suruh.maaf image blur.


Hari ni,dengar cerita Raja Thailand bakal turun padang pada malam ini untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mayat ketua sami tersebut serta nak ambil 'berkat' kot? Jalan raya yang ada 4 lane untuk dua hala dah tinggal 2 lane,1 lane for each way. Jarak kereta-kereta penganut agaman Buddha ni parking dengan wat kira-kira 1-2km jugak sehinggakan depan gate rumah jiran aku pun ada 2-3 buah kereta yang parking. Memang sesak!!


Dah mati 3 tahun yang lalu,tapi disebabkan si mati berpengaruh besar dan mengikut adat mereka,ketua sami tersebut hanya akan dibakar selepas 3 tahun dari tarikh kematian dan mengambil kira hari-hari yang 'baik' untuk menjalankan upacara pembakaran.


Mind you,diaorang bakar mayat tersebut dalam mesin dan bukan guna minyak tanah dan kayu api lagi! Zaman dah moden you allz....


Berbalik kepada tajuk di atas,adakah ini suatu perayaan ataupun keramaian??




p/s:all pictures from SE Vivaz Pro only

4 comments:

Nies Hanna said...

terkejut jugak..dah 3 tahun mati.ish3..dalam 3 tahun ni jd mumia ka apa..haha

a's said...

#Nies Hanna
memang pun! tak tau depa awet macam mana mayat tu.tak kering pun,just nice macam mula-mula mati tapi kuku panjang sikit.tak kan tumbuh lagi kot?jeng..jeng..jeng

Sang Harima said...

Dah sape pulak ketua sekarang? Pilih macam mana?

a's said...

#Sang Harima
Yang tu tak pasti la....tapi diaorg memang pilih ikut pengalaman kot.yang tua-tua la selalunya jadi ketua sami.huhuhuhu