27 June 2011

Pengalaman: Pulang Dari Mengaji Al-Quran Di Kampung

Pernah tak masa kecik-kecik dulu anda balik mengaji dan jalan dalam gelap??


Aku pernah!


Pengalaman yang menarik,tadi tertengok iklan apa entah dan tetiba teringat pengalaman balik dari mengaji Al-Quran di rumah mak cik saudara ku di kampung malam-malam.
gambar hiasan


Selalunya,ayahanda akan datang jemput aku dari rumah yang aku mengaji tu. Tetapi bila hari khamis malam jumaat,ayahanda aku tak perlu ambil sebab ibunda pun datang surau di kampung so boleh balik dengan ibunda.


Rumah tempat aku belajar mengaji tu belakang surau saja. Makanya,tiap-tiap malam jumaat aku akan berjalan balik ke rumah tokwan yang lebih kurang 100m dari rumah tempat aku mengaji Al-Quran tu.


Kadang-kadang sepupu aku balik kampung diaorang pun datang buat bising di rumah mak cik saudara kitaorang tu sementara tunggu aku habis mengaji.Aku khatam Al-quran mungkin lambat sikit iaitu pada umur 10 tahun. Budak-budak zaman sekarang umur 4 tahun dah boleh baca Muqaddam.hebat kan? Adik aku khatam Al-Quran umur 8-9tahun. Kira advance lagi daripada aku.sobs!


Okay sambung cerita,udah ler malam jumaat. Kena pulak balik jalan kaki ke rumah tokwan. Korang bayangkan lah zaman dulu jalan gelap-gelap lagi kalau di kampung. Sunyi dan gealp gulita!


Dapat pulak abang sepupu yang kuat mengusik,memang pergi!!!


Ada satu hari tu kitaorang balik ramai-ramai jalan kaki,aku dengan pakai baju kurung siap dengan tudung mak bedah ikat depan tu. Nice one!


Lepastu kitaorang jalan nak balik rumah tokwan,aku siap pesan

"Jalan sama-sama ah,kalau sapa jalan laju dia kalah! Tak mau kawan dah!!"


Boleh pulak buat agreement macam tu padahal aku penakut (masa ni sebelum aku kena histeria tu).


Seperti yang dijangka,abang sepupu aku baik punya lari dan dia tunggu di belakang semak depan tu dan nak kejutkan aku. Demmm! Aku angkat kain lari sebijik macam mak bedah kata ko!!


Itu kenangan paling best dalam hidup. Rindu nak main-main dengan abang sepupu lepas tu tiap-tiap hari Jumaat kalau balik kampung rumah tokwan dapat duit rm0.50! Zaman kecik dulu 50sen tu dah macam RM2 tahu! Boleh beli keropok dengan gula-gula dekat kedai runcit dalam kampung tu.


I miss to be a kid once again!!

4 comments:

fikah © said...

Tempat mengaji gue depan rumah je.
Tu yg rilek ja kalau balik sorang2.
Hehehehe

Nies Hanna said...

haha..kami mengaji dekat taman ni jugak..selalu pergi ptg..kalau malam time paklong ajak solat jemaah dan mengajar marhaban ja...blk mlm dgn abg kakak naik basikal kot..haha, x ingat

a's said...

#fikah
kalau depan rumah tak payah lari macam mak bedah,kentut pun dah sampai :P

a's said...

#Nies Hanna
haha,hampa xpa la dekat!! abang n kakak ada teman,kami ni kena main2 dgn abg sepupu pulak...

tp tu la best pun,kalau takdak pengalaman masa lampau mesti tak ada pengalaman