21 June 2011

Vacation: Langkawi #1

ini holiday sangat tidak dirancang.


seperti yang rakan-rakan terdekat tahu,adik aku masuk asrama semula pada 13 Jun 2011 dan pada 14 Jun ibunda ke kursus guru cemerlang dan tokwan pula bertolak ke Jeddah untuk menunaikan umrah.

tokawan at the airport waiting to depart


maka,jika aku tidak mengikut bontot ayahanda ke Langkawi maka aku akan tinggal di rumah sendirian. Walaupun ada rumah,kereta,makanan,duit yang cukup akan tetapi sangat bahaya untuk aku tinggal di rumah agam ini sorang-sorang selama 3 hari 2 malam. Maka,dengan menggunakan kuasa veto,ayahanda meminta aku mengikutnya ke Langkawi walaupun hanya melepak di hotel sebab ayahanda perlu bekerja dan ada kursus bersama pengarah yadaa yadaa...


Ditambah pula dengan masalah laptop yang mengada nak jadi blue screen hari sebelumnya,terpaksa aku bergegas ke kedai computer berhampiran selepas pulang dari airport.


Aku dah rasa macam superlady haritu. Lepas hantar laptop,pergi rumah mak saudara di Alor Star untuk 15 minit dan pulang ke rumah semula dan terus ke jetty.


Phewwww...letih nok!! Udah ler bangun seawal jam 5 pagi sebab nak pergi airport. Terkejar sana sini. Memang terbaik.


Beli tiket,ferry at 6pm. By that time,kitaorang sampai di jetty Kuala Perlis at 4.40pm. Ohhhooiii lama sangat menunggu ferry nye.


Masa tengah bosan-bosan tu,datang pulak seorang mak nyah baik punya cucuk botox di dagu dan bibir macam Angelina Jolie dah aku tengok. Siap pakai high heels 4 inch. Rambut curly,merah! Baca betul-betul,its MERAH not warna karat tu. LOL


nampak tak beg pink tu,itu la beg nyahhh itu :P Dia pergi beli air

Jetty Kuala Perlis yang tak meriah sangat macam jetty Langkawi :p


Kelakar aku tengok telatah mak nyah tu. Layan jela sebab aku pun tengah bosan. Mak ai,tengah-tengah orang ramai tu la dia nak pakai subang terjurai-jurai,pakai pengilat kuku untuk kesemua jari tangan,tengok cermin check ada sisa makanan tak di gigi,pakai lotion and etc. Attention seeker maybe? HA-HA


Udah naik ferry,mengambil masa 1 jam jugak untuk selamat sampai di Jetty Point Langkawi.


Jumpa kawan ayahanda dan dia bawak kitaorang makan di kedai favorite aku bila di Langkawi.Tempat makan ni memang famous di kalangan orang Langkawi. Orang cina (penduduk tempatan) pun ramai makan dekat sini tau.
Kalau datang Langkawi,cari la tempat makan ni. Area kawasan kedai,dekat Pokok Assam (nama tempat tu)






Bersambung.........

3 comments:

iela_fadila alias said...

alamak..bersambung..baru dok layan..haha

a's said...

#iela_fadila alias
kalau cerita semua sekali tak cukup page pulak :p

Fitrihadi said...

bila nak balik perlis?? saya dah balik dari langkawi pagi tadi.. hihi..

P/s: erkk sorry mencelah..