22 July 2011

Adab-Adab Sunat Apabila Berpuasa

Its almost Ramadhan and let us pray that we will be given a great health and strength to perform one of the pillars of Islam,insyaAllah.

Tidak lama lagi kita akan bertemu dengan bulan yang mulia insyaAllah. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan. Bulan kebajikan dan pesta amal ibadah yang penuh dengan rahmat dan keampunan Allah Azza wa Jalla. Bulan yang dinantikan kehadirannya oleh seluruh umat Islam. Bulan yang mampu mengubah seseorang; daripada jauh menjadi dekat dengan Allah SWT dan daripada pelaku maksiat kepada ahli ibadah.


And below are the great ethics to be followed during fasting:

1. Bersahur dan mengakhirkan sahur :

Bersahur merupakan amalan sunat berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Anas r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda:



“Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Sahur adalah berkat kerana ia membantu menguatkan orang yang berpuasa. Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu bersahur. Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit bahawa beliau berkata:


“Kami telah bersahur bersama Rasulullah s.a.w., kemudian kami bangkit untuk solat (subuh). Dan kadar antara azan (subuh) dan sahur ialah sekadar (bacaan) lima puluh ayat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Seseorang itu sudah dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi s.a.w.:


“Sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air.” (Riwayat Ahmad)



2. Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari.

Sabda Rasulullah s.a.w.:



“Kekallah umatku dengan kebaikan selagimana mereka mempercepatkan berbuka puasa.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Begitu juga disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka sunat dengan air. Sunat juga berdoa ketika berbuka.



3. Sunat beriktikaf sepanjang bulan Ramadhan khususnya pada sepuluh hari terakhir Ramadhan.



4. Tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak dan tujuan puasa.

Puasa bukanlah sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah sama ada berupa iktikad, perbuatan atau pertuturan. Rasulullah s.a.w. bersabda:



“Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan mengamalkannya maka Allah tidak berhajat pada apa yang ia tinggalkan dari makanan dan minumannya.” (Riwayat al-Bukhari)


Rasulullah s.a.w. juga memerintahkan kepada orang yang berpuasa sekiranya berhadapan dengan celaan atau permusuhan maka hendaklah ia sabar dan berkata: “Aku berpuasa.”



5. Tadarus Al-Quran.

Jibrail a.s. bertadarus Al-Quran dengan Rasulullah s.a.w. pada setiap malam sepanjang bulan Ramadhan.






credit to Ustaz Mohd Arshad Ali blog






p/s: Al-Fatihah to my best friend's father who just passed away last night.It was a shocked for me.Be strong Ali ;'[ You are one nice friend for me and I know Allah will reward you and your family with something better from your good deeds ;'[

No comments: