16 July 2011

Nisfu Sha'ban

insyaAllah,termasuk harini aku dah berpuasa pada 13,14 dan 15 Sya'ban. Alhamdulillah aku berjaya jugak buat untuk bulan dan tahun ni lepas banyak halangan. Tahun ni Allah ringankan beban belajar (sebab dapat cuti panjang),ringankan beban kesakitan (Alhamdulillah sihat tubuh badan),dan Allah berikan rezeki yang cukup untuk aku sekeluarga.Praise to HIM.


Jadi,aku rasa macam nak tahu sangat apa fadhilat berpuasa pada hari Nisfu Sha'ban ni?? Curious enough to gain knowledge so I Google it and pasted some info here so that I can share it with my friends. Special credit to my friend Majid as he reminded me about fasting 3 days in a row which is on 13-15th day in every month. That's what friends are for,to remind their friends to be in the right path,right?


So,let us know first what is "Nisfu Sha'ban"?


"Nisfu" means half or 14th. So Nisfu Sha'ban means "Half of Sha'ban".

SYAABAN adalah salah satu bulan Hijrah yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Syaaban dianggap pintu gerbang Ramadan kerana pada bulan itu umat Islam masih boleh makan dan minum pada siang hari sebelum mereka menyambut kedatangan bulan puasa yang penuh berkat.

Kelebihan Syaaban dapat dilihat apabila Rasulullah SAW pernah memberitahu sahabat mengenai Syaaban. Bulan itu dinamakan demikian kerana pada bulan itu Allah banyak memberi rahmat kepada hamba-Nya.


According to kitab kitab Sahih Al-Bukhari and kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh written by Al-Hafiz Ad-Dimyaty, (i got these hadis in Malay)


Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah ra meriwayatkan kepadanya dengan berkata, “Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi saw berpuasa bulan Syaaban semuanya - lafaz Al-Bukhari]. Nabi saw bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu – pent)”. Aisyah ra menyambung, “Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).


Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.


Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah ra. berkata (bahawa) kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”. (Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari).


Di dalam Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari di atas, tidak disebut secara khusus puasa sunat hari Nisfu Syaaban ie. 14 atau 15hb Syaaban, namun disebut secara khusus berpuasa sunat pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan yang mana termasuklah didalamnya hari pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban). Di dalam hadis Sahih Al-Bukhari diatas juga tidak disebut secara khusus berqiamullail malam Nisfu Syaaban, tetapi disebut berqiamullail disetiap malam, dan yang mana ini termasuklah malam pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban).


Dari Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah ra. bahawa Nabi saw bersabda bermaksud, “Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.

credit to source here


Komen Diri Sendiri: Namun begitu,tak perlu lah kita hanya mengejar malam-malam/ hari-hari tertentu sahaja untuk berqiyamullail mahupun berpuasa kerana setiap bulan Hijrah Islam itu ada kelebihannya. So,jadikan bulan Sha'ban ini sebagai bulan untuk kita melatih diri untuk berpuasa di samping meningkatkan amal ibadat dengan kudrat yang ada agar 'performance' kita di bulan Ramadahan lebih baik dan insyaAllah sempurna di mata Allah. Usaha yang terbaik. Mudah-mudahan Allah terima ibadat kita.


Ulama pun still argue about this,so aku pun tak boleh nak confirm which is which yang patut buat.So,to be safe just enhance your ibadat so that Allah will give us strength for more in Ramadahan.InsyaAllah,


Wallahualam,ini hasil pembacaan selepas Google saja. Yang sempurna itu datangnya daripada Allah.


(Post ini untuk rujukan sendiri hari ini dan masa akan datang)

No comments: