15 August 2011

Timbang Berat Badan Dalam Bulan Puasa?

minggu lepas ada tengok rancangan Wanita Hari Ini dan tajuk untuk hari tu "Gastrik dan Puasa".


So,ada sorang doktor Gastroenterology tu bagi macam-macam tips untuk menjaga perut terutama sekali orang yang ada Gastric macam eden ha.



Tips untuk bulan puasa (mostly bagi pesakit gastric):

# Minum susu secara consistent
# Makan tidak terlalu kenyang (sehingga susah untuk tunduk akibat perut buncit :P) semasa berbuka
# Makan dalam portion yang sedikit tetapi lebih kerap daripada orang biasa
# Untuk kekalkan Energy sepanjang hari sehingga waktu berbuka,ambil makanan yang ada gula kompleks (makanan berasakan gandum: roti whole grain,oats,cereals) bukan gula simple (nasi, roti putih)



Done with the tips and now nak cerita pasal timbang berat badan pada SIANG hari dalam bulan puasa. Doktor tu ada cakap berat badan masa berpuasa akan bagi bacaan timbang yang ralat sebab badan dehydrated. Makanya,konon-konon berat yang anda timbang pada siang hari tu kurang 5kg padahal tu sebab badan anda tak cukup air bukan sebab anda DAH KURUS dan lemak anda dah terbakor! Jangan harap nak terbakor sendiri kalau tak work out,memang Ucop pun tak nak tolong bakorkan lah -___-"



Anda hanya akan lebih kurus bila berpuasa dan bersenam secara regular setiap hari so that lemak-lemak terkumpul akan terbakar bukan hanya kerana anda berpuasa semata-mata sambil membuta dari zohor sampai ke asar.LOL


This is because all the fats in your body still not been burned but the only thing that lost during fasting is water! (i love to speak broken English like this,sounds like Phua Chu Kang *playing the theme song in my mind)


So,harapnya anda semua tak bergembira dulu kalau timbang berat badan sekarang dan melompat-lompat ke angkasa sebab dah kurus -_____-" dan bila dah masuk bulan Syawal hentak-hentak kaki sebab berat badan back to normal or even worst bertambah berkilo-kilo.Lets enjoy the food during this Ramadhan and Syawal,lepas tu kita puasa 6 pulak then back to healthy life style.hahahaha boleh ke macam tu?


Saya tak kisah gemuk ke kurus ke janji tak ada penyakit berbahaya,itu sudah cukup nikmat yang Allah beri bagi saya menikmati kehidupan di dunia ini :D





p/s: Jangan obsess nak kurus tak tentu pasal,nanti penyakit lain pulak yang menjelma.Na'uzubillah.

1 comment:

Useriez said...

sapa sebut kurus tadi??