11 September 2011

4 Bulan Yang Indah Kini Dah Tak Berapa Nak Indah

Honestly,walaupun aku banyak membongkang di rumah daripada bekerja (as in masuk kerja pukul 8.30am-5pm) tetapi aku sangat enjoy dengan cuti panjang penuh bermakna ni!!


Yeap,I'm jobless literally but aku ada buat 2-3 kerja freelance,dan 2 kerja hanya orang-orang sekeliling saja yang tau.Alhamdulillah,duit poket/gaji yang aku dapat tak sebanyak mana yang orang bekerja 8.30am-5pm dapat tapi cukup lah jugak kalau nak beli smartphone sebijik tetapi tak beli pun sebab sayang duit tu baik pi travel ada maknanya :P


Home sweet home


Apa yang aku dapat cuti 4 bulan ni?


#Pengalaman
-Pernah menghadiri 2 walk-in interview
-Pusing 2 bandar sorang diri demi mencari kerja kosong. This is my first time begitu berdikari sampai macam ni
-Tour Pulau Langkawi dengan stranger,and it was fun



#Kejayaan
-Berjaya pi pasar malam yang jauh gila dari rumah seorang diri (again) setiap minggu
-Berjaya shopping seorang diri (again) di mall yang jauh dari rumah bila bosan tak tau nak buat apa dekat rumah
-Berjaya memasak lebih 10 juadah masakan kampung termasuk semua jenis sup,sup sayur,sambal tumis,tomyam,masak singgang,siakap masak steam,daging masak blackpepper,ayam goreng kunyit,sotong goreng tepung,cekodok,gulai tempoyak ikan tilapia & etc
-Berjaya belajar nak jadi 'suri rumah'
-Berjaya menyiang (siang /cuci) ikan-ikan fresh from laut



Kalau nak list semua nanti mungkin korang rasa menyampah pulak nak baca kan sebab insyaAllah sampai esok pagi baru nak habis kot? Overall,I do enjoy myself during this holiday and thanks Allah for give me such awesome people around me. Alhamdulillah..



Percaya atau tak,aku rasa cuti ni macam sekejap saja dah nak habis! And as far as I concern,aku tak pernah tulis "BOSANNYA CUTI NI" at any social networks or cakap pada siapa-siapa. Itu menunjukkan aku betul-betul enjoy cuti ni setiap hari walaupun asyik repeat routines yang sama setiap hari tapi aku suka!



By the time entry ni keluar,insyaAllah aku dalam perjalanan ke Kuantan. Doakan aku selamat sampai ke destinasi. Amin.



Boleh bayangkan betapa hibanya hati aku sorang-sorang dalam bas tu sebab terpaksa berpisah dengan ibunda dan ayahanda walaupun hari-hari ada saja benda yang aku buat hal dan bising-bising dengan diaorang tapi percayalah itu memang style aku nak tunjukkan sayang aku dekat diaorang. Maybe kitaorang dibesarkan dengan cara macam ni,tak pandai nak luahkan rasa sayang tapi bila gaduh-gaduh manja tu lah cara kami bergurau senda. Pelik tapi benar! Itulah aku.


Raya haritu aku punya ayat mintak mmaf macam ni:

"Angah mintak maaf sebab selalu tinggi suara,besa la tu memang habit. Sila jangan ambik hati. Nak buat macam mana suara deraih (kuat)"


Seriously aku cakap macam tu dan ibunda gelak terbahak-bahak!



I have to finish what I have started. I need to continue my journey to seek knowledge. This is such a small sacrifice to make in order for me to live better in future,insyaAllah. Dear another 3 years,please move faster 'pejam kelip' ja bak kata orang Utagha celup tu -___-"


Will update later when I am at my hostel and able to connect to the net.


bubbye baby ;'(


Bubbye mommy monster,daddy,adik,tokwan,my baby Muhammad EOS,keretaku yang selalu rosak,bantal peluk,teddy bears,WIFI rumah yang awesome,pokok-pokok bunga & herbs,surau dekat kampung,Astro Warna,Fridge!! Gonna miss them all so bad because I only go back home during long vacation only ;'(

No comments: