08 September 2011

Bikin Gua Panas #6

Harini bermula dengan "exercise jantung" yang amat dan berada dalam keadaan cuak almost 45minit. Bila dah sampai rumah rasa syukur sangat! And I don't feel like writing about it here.


Kisah seterusnya yang buat aku bengang melampau ialah bila aku pergi 1 farmasi di Jitra ni. Ibunda memang regular customer dekat sana untuk beli supplement. Tapi since ibunda letih bangat kerana berpuasa arini makanya aku pun pergi beli sendiri suplement untuk bawak balik uni.


To make it short,aku memang selalu ambik Vit C, Multi Vit with ginseng dan beli muscle ache patches sebagai bekalan di hari sakit since aku ada masalah sengal-sengal badan sakit pinggang semua sebab jatuh tangga depan boyfriend dulu-dulu.Kalau rajin scroll,ada la cerita tu aku tulis. Malas nak link sebab tengah takdak mood please!


Okay apa aku melalut ni sengal,back to story.


Aku dah aim brand yang aku selalu ambik,tapi disebabkan farmasi tu kecik nak mampus lepas tu barang-barang boleh laga perut dan bontot kau memang agak rabun aku di situ (walaupun zahirnya memang aku rabun pun dan dah pakai spect! ).


Jadi datang la sales assistance ni,she is an amoi. Aku cakap la brand yang aku nak,bla..bla..bla dia tak nak kasi barang-barang yang aku nak instead DIA AMBIK SUPLEMENT JENAMA BANGANG APA ENTAH PAKSA AKU BELI YANG HARGA DIA RM100 sebotol kecik ada 80 tablets. Aku memang dah buat muka marah,tapi aku buat-buat layan lagi amoi tu. Sabaq sat kan.


Aku tolak (as aku cakap "Takpalah terlebih bajet saya ni"),sekali dia cakap:

"Takpa,ni ada 20% discount punya. Mai kita kira dulu (sambil pi cari calculator dia)"



Yang ibunda letih dalam kereta tu aku dok risau sebab lama sngat,yang amoi ni banyak cekadak pulak! Sudahnya aku tolak jugak tapi amoi tu buat muka ketat dekat aku. ADA AKU KISAH?


Lepas tu aku cakap nak Multi Vit, AGAIN DIA PI BAGI YANG BRAND LAIN WALAUPUN AKU DAH CAKAP AKU AMBIK YANG BRAND LAIN! B&%^#$!!


Kali ni aku awal-awal cakap "Takmau!"


Cepat-cepat aku pi cari muscle ache patches pulak. Then angkut semua brang-barang tu sendiri sebab amoi tu dok ikut belakang bontot aku kemana aku nak pergi sebab dia dok paksa aku beli yang mahal-mahal padahal tak pernah dengar pun brand tu. Kau nak bagi aku mati ke? Aku cari cop sirim Kementerian Kesihatan pun tak jumpak,kau nak suruh aku beli RM100 1 botol kecik tu? Akai ada??


Then aku ingat aku dah lepas daripada jerat tu.


Jangan mimpi wahai anna! Mai pulak makcik kepada amoi ni,tua tapi cakap Melayu macam orang Melayu.Aku tak pandang muka dia pun sebab benci!


Know what,dia pi ambik Vit C jenama lain pulak dan bawak datang dekat cashier cakap ni bagus bla..bla..bla tapi kali ni makcik amoi ni PAKSA AKU DENGAN MUKA MACAM MAK KAU PAKSA KAU MAKAN UBAT BILA KAU DEMAM KECIK-KECIK DULU!!


And budak cashier (which is geng diaorang) dengan pantas pi scan untuk Vit C yang makcik amoi tu paksa aku siap hentak-hentak botol tu atas meja cashier tu macam aku ni bodoh sangat tak belajaq science!!


Aku geram sangat-sangat,sebab makcik amoi tu tanya 3 kali depan staff-staff dekat farmasi tu,dengan suara kuat dan lantang

"Tak mau ka Vit C ni?"

"Betui takmau?"

"Beza harga sikit pun tak mau"



Aku rasa macam nak cakap BODOH ja depan muka makcik tu tapi depa ramai sampai 4-5 orang,masa tu takdak customers sangat memang mati aku kena simbah asid kalau aku buat hal.

barang-barang yang dibeli (credit to Google images)




Dalam takut-takut tu,aku tinggikan suara dan cakap pada budak cashier tu:

"Sapa nak beli Vit C tu,pi scan buat apa!! Saya beli ni ja,tu pi hantaq balik la!!!"



Budak tu tekan apa tak tau dekat machine cashier tu then tengok bill ambik hang.... aku rasa depa 'tekan' harga bukan-bukan dekat aku sebab barang-barang tu semua takdak tanda harga (price tag).



Jangan harap aku nak pi farmasi tu lagi.

7 comments:

fikah © said...

Anna, dahla..jangan beli lagi kat situ..
Nanti bagitau nak apa, F tolong belikan, sebab Watsons dekat je dgn rumah okey??

munira said...

ade jgk pekedai perangai mcm ni??xskolah kot??hahaha sbor je la anna

a's said...

#fikah
tu la,sebab mak selalu pi farmasi tu ingat okay la malas nak pi guardian semua.serik dah!!

a's said...

#munira
annoying sangat jenis paksa siap bawak pi cashier okay walaupun dah cakap xmau.terdesak sgt kot

Useriez said...

amboi garang aih! haha. vitamin redoxon tu sedap! perisa orange! dulu selalu makan masa kecik2!

a's said...

#useriz
garang ah sebab geram! tu la,sedap oh vit c! badan jadi sihat dan kuat! haha

perfect stranger said...

ish,teruknya.tah hape-hape.jgn pegi situ dah.banned!