06 September 2011

Mencari Atau Meminta

Dalam kehidupan,kita tak akan pernah berfikir ke depan bila dalam kesenangan ataupun "Comfort Zone",tapi bila dah jatuh tergolek di hempap baru kerikil barulah nak fikir balik dan list out semua kesalahan yang dibuat selama berada dalam "Comfort Zone".


Sebagai contoh,kalau dalam exam selalu kau boleh score full marks sebab ada kawan SMS soalan spot 1 jam sebelum kau masuk dewan exam. Kau akan rasa kau dah 'berusaha' untuk hafal mati topik-topik untuk soalan spot yang kawan kau bagitau tadi. Jadi,tertutup sudah kesalahan yang lazim dilakukan oleh pelajar-pelajar sekarang termasuk aku -____-". Tapi once final exam,takda maknanya kau nak dapat soalan spot sebijik-sebijik dan end up kau tak dapat A+ pun untuk subjek tersebut. So,masa dah dapat results tu barulah nak insaf dan janji takmau malas belajar,nak fokus dalam kelas,datang kelas awal,tak tidur lebih-lebih.


Maksudnya bila dah tergolek baru nak cari punca kenapa,bukan nak elak awal awal..gitu ler maksud gue.


Enough mukadimah.


Mencari @ Meminta? Mana satu korang suka?

Aku memang lebih kepada "Mencari". Dalam segala segi,aku perlu mencari kalau tak aku tak akan "dapat" apa yang aku nak. Dan semestinya aku akan looking forward untuk "mencari" seseorang yang suka "mencari" sebagai aku-punya-sebelah-lagi (my-other-half).


Contoh situasi:

Sang "Meminta" dan "Mencari" merupakan pelajar di sebuah university di luar negara.
Sang "Meminta": Aku nak balik kampung lah tahun ni. Kau tak nak balik beraya ke?
Sang "Mencari": Aku tak ada duit lebih la nak balik,mungkin cuti semester depan aku balik lah.
Sang "Meminta": Apa adehal bro..Mintak jelah dengan mak ayah kau...Raya setahun sekali je bro!
Sang "Mencari": Mak ayah aku penoreh getah je,tak mampu nak bayar duit tiket kapal terbang pergi dan balik aku.InsyaAllah aku akan usahakan untuk kerja part-time before aku balik cuti semester nanti.
Sang "Meminta": DIAM SERIBU BAHASA


p/s: situasi di atas tiada kena mengena dengan orang yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.Just a random exmple of situation.


Kalau terlalu meminta-minta,orang akan jadi jelik dengan kita. Tapi kalau sendiri mencari,sendiri give up,sendiri nangis malam-malam sebab gagal itu tak apa. Sendiri yang rasa,sendiri yang telan. Sekurang-kurangnya kita dah berusaha untuk mencari. Cuma Allah tak nak kasi kita nikmat tu lagi sebab Allah nak kita lebih ikhlas dan bukan hanya mencari DIA bila perlu sahaja.


Orang yang "meminta" tak mungkin akan dapat survive dalam hidup jika orang-orang tempat untuk mereka bergantung dah tak ada tetapi kalau orang yang "mencari" insyaAllah akan sentiasa berusaha cekal untuk survive walaupun dibuang negara ke Papua New Guinea


Begitu juga konsep "Mencari" dan "Meminta" ni dengan hubungan kita dengan Allah. Jangan terlalu meminta kalau malas mencari keredhaan-Nya!


Okay enough membebel. Saya rasa bersyukur kerana berjumpa dengan insan-insan yang suka "mencari" seperti anda dan panda.eh eh? :P

No comments: