05 December 2011

Kejutan dari Orang Gombak

4th Dec 2012
What a day!



Semalam elok saja baru nak mulakan kerja-kerja tertangguh dek kerana demam 3 hari, tetiba terbaca status Mira dekat Facebook cakap something like "A,B,C,D finally unite". (A,B,C,D tu nama penuh orang,malas nak tulis semuanya hihihihi).


Aku macam,eh diaorang ni datang Kuantan ke? Baru semalam tengok one of them update dekat Twitter cakap lepak Wangsa Walk apasal pagi ni tetiba ada dekat Kuantan pulak kan. Terus SMS roger Mira dan memang tidak syak lagi diaorang datang Kuantan! Woooooootttttttttt! Gembira tak terkata hati teman nih, terus berbunga-bunga dan nak ikut diaorang pi lunch even aku dah berapa hari tak dapat makan nasi habis pun sebab mulut rasa pahit ubat hanya Allah yang tahu @__@"


Seperti biasa kalau lepak dengan waniiee, najmi dengan hot memang surely tak kering gusi. Dan harini tambah dengan jaja pulak. Hihihi sukanya saya bila geng-geng CFS dulu datang menjenguk di Kuantan ni. Terus rasa ceria walaupun tak sihat sepenuhnya lagi.


Bawak diaorang semua pi lunch dekat Teluk Cempedak lah,mana lagi lokasi pelancongan terdekat kan? Nasib baik masa kitaorang pergi Teluk Cempedak tu cuaca masih menyebelahi kami. Alhamdulillah. Makan nasi kukus ayam dara sebab kami semua anak dara.LOL. Tapi disebabkan aku still tak boleh terima makan nasi,aku terpaksa memilih untuk makan ikan pari bakar sahaja without nasi sebab itu saja yang tekak aku boleh terima.


Lepas makan,jalan-jalan nak pergi pantai sebalik bukit tu (orang Kuantan tau la). Oh punyalah lama aku tak kesana,rupa-rupanya jambatan kayu yang daif tu dah diganti dengan besi. Holiao! Tapi monyet bukan main ramai! Rasa boleh bawak balik naik van 12 penumpang la aku rasa. Besaq-besaq pulak tu. Dalam kami berlima,hanya waniiee dengan hot ja yang berani dengan monyet tu. Aku memang awal-awal dah peluk waniiee dan jalan sambil pejam mata sebab takut tengok monyet tu tengah lapaq nanti dia gigit kaki aku macam dulu masa kecik-kecik kucing peliharaan nanny aku gigit kaki sampai berdarah. Sebab tu aku tak suka kucing!


Aku peluk waniiee,najmi dengan jaja pulak tarik jeans aku dari belakang. HAHAHA! Berangkai je semua nak berjalan. Lawak!!


Selepas penat meredah monyet rupa-rupanya jambatan tu baru halfway siap! Tak dapat pergi pantai lagi satu tu. Dan terpaksa patah balik dan lalu depan monyet-monyet tu lagi. *sigh!


Nasib baik ada pakcik ni,dia dok usik kami tapi kami buat-buat lah takut sangat then pakcik tu lead kitaorang sebab time tu bapak monyet paling besar tengah jalan dan pakcik tu cakap bapak tu paling garang. Alhamdulillah selamat.


screw that chubby lady in gray shirt with black scarf ;'(


Sementara tunggu yang lain main air,aku dengan waniiee dok gossip tepi pantai. LOL.Biasalah sesi melepaskan rindu nak mengadu, dulu masa dekat CFS 24/7 asyik bergossip dekat bilik 331B & 220A -___-" Then balik ke hostel untuk fetch lagi sorang ahli jemaah. Buat trip melawat bangunan kuliyyah kitaorang dan tengok ikan yang Zulhuzaimy tangkap. Pewiiittttt! Oh ikan itu untuk research okay,bukan untuk bakar cicah ayaq assam (slurrpppp) -____-"


Lepas tu balik dan lepak dekat bilik hot kejap dan diaorang pun mintak diri balik Gombak.


Maka berlakulah detik hiba di sini. Biarlah kami sahaja yang tahu kan hot.hihihihihihi



It was a great day yesterday! Thanks guys! :)






p/s: my baby 'girl' is already 1 month! yeayyy

No comments: