21 January 2012

Yang Pergi Takkan Kembali #2

Petang tadi tepat jam 6.30pm aku lepak-lepak dekat gazebo luar rumah sambil layan anak sepupu yang tiap-tiap hari datang rumah dan kitaorang terpaksa babysit diaorang for few hours. Sambil melayan budak yang sangat lasak tu,aku baca timeline dekat phone.




Baca tweet Paknil cakap Aril AF7 call beliau dan bagitau perkhabaran yang abang beliau, Izwan Pilus telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.15pm (punca kematian dipercayai kerana darah beliau dijangkiti kuman, wallahualam)


This is technology! Dalam 15 minit, seluruh Malaysia dah dapat tahu pasal berita dukacita ni. Aku sedikit tersentap dan rasa sedih, sebab beliau masih muda.


Tapi janji Allah tu pasti kan? Beliau dah selamat berjumpa Pencipta Nya, kita punya giliran tak tau bila pulak. Allah boleh tarik bila-bila masa :( Takut sangat, tapi kita perlu bersedia. Ini lebih besar daripada "pop quiz" yang selalu Dr buat dalam kelas Molecular Cell Biology dulu, mahupun sesi soal jawab dengan Dr Raj dalam kelas Tissue Culture. Nak tak nak kita kena bersedia dengan bekalan yang mencukupi untuk meghadapi hari-hari selepas kematian :(





Peringatan untuk diri sendiri

Rasulullah s.a.w bersabda : “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa.



Maka berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”-credit to Adam Corrie's Fb




A deep condolences to Aril and family, Allah love him more than us do. AL-FATIHAH to him.

No comments: