01 February 2012

Day 15 of Holidays


Ikutkan hati memang malas sangat nak masak harini sebab tadi awal pagi (lah sangat uhuks) pergi bank dan post office settle hal duniawi. Balik rumah ingat nak lepak aje. Sekali bila pi dapur nak cuci tangan terus sap sap soi masak on the spot. Maka terhasil lah juadah paling basic dalam hidup. Protein bersama Fibre.


Udah sap sap soi masak lauk,sekali nak cedok nasi from periuk nasi dan dengan duka citanya tengok beras masih ditenggelami air :(


Aku lupa nak sambung plug ke socket makanya tiada pengaliran elektrik dan kesimpulannya elektrik tidak dapat disambung ke periuk nasi elektrik dan beras tidak dapat dimasak untuk menghasilkan nasi yang putih gebu.


Saya sangat lapar ketika itu,seperti mahu gigit-gigit daging di badan sendiri. Sekian laporan Aku Surirumah, sepupu Lisa Surihani.



No comments: