02 February 2012

Situasi #3

Dua hari berturut-turut aku nampak accident motorsikal berlaku depan mata! Kiranya aku dapat tengok orang tu from normal>accident>after accident. Ha,aku rasa ini mungkin amaran Allah dekat aku kot. Sebab aku selalu sangat speeding walaupun dekat jalan kampung asal boleh je.


Sejak kelisa buat hal mungkin kerna dia tau dia bakal diganti,tapi abah cakap macam sayang pulak nak let go kelisa tu jadi mungkin dia kurang merajuk sikit dengan aku. Since kelisa tu ada buat hal sikit,aku drive ikut had laju kebangsaan je,80km/j. Sumpah mengantuk!!


Bila aku fikir balik,baru aku tau kenapa aku mengantuk. Aku drive kereta auto, tak payah nak kalut tukaq gear memang la aku mandom ja drive slow macam tu. Tak thrill langsung.


So berbalik kepada accident tadi,termasuk semalam dan harini, aku dah 3 kali menjadi saksi kejadian kemalangan motorsikal secara tak langsung. Sebab kejadian tu betul-betul jadi depan mata but aku jadi saksi pasif jela,simpan dalam memori. Tak mau masuk campuq nanti kena naik turun mahkamah menghabiskan boreh ajo.


Semalam:

Accident yang tak diduga. Kereta yang aku naiki,which orang lain drive bertentang dengan kereta yang melanggar motorsikal sebab dia langgar lampu merah. Yang aku peliknya,kereta sebelah lane dia dah stop,kenapa dia main redah je lampu merah yang dah lama merah?


And guess what! Kereta tu langgar motorsikal yang ditunggang oleh polis yang menaiki motorsikal yamaha LC. Terbaik! Dan pemandu kereta tersebut adalah wanita =___=


Surely perempuan tu dah cuak sebab dia sorang,lepastu polis tu bangun from motorsikal dia yang rebah dan terlekat bawah bumper kereta perempuan tu lalu tanpa cakap banyak mintak IC perempuan tu dan settle di balai. Aku jangkakan perempuan tu menangis. Masa kami memintas kereta perempuan tu masa dekat depan balai,aku nampak dia macam menangis sambil drive. Kesian beliau,aku tau dia salah tapi mesti dia cuak gila sebab dia langgar lampu merah dan pi langgar polis pulak. Double trouble!


Harini:

Aku tengah tengok kereta kiri kanan sebab nak lintas from petrol station. Sekali ada motorsikal di lane bertentangan which is sebelah divider sana jatuh terbabas tak semena-mena (pasal-pasal). Motorsikal yang ditunggang memang 'cium' jalan habis. Sayap kepak semua patah 'disapu' oleh jalan tar tu. Udah ler penunggang motorsikal tu tak pakai helmet, tetiba jatuh macam tu. Di bawah pengaruh dadah ke arak ke pening sebab migrain ke wallahualam! Sebab dia jatuh dekat bahu jalan,dan dia sorang-sorang. -____-"





image credit to Google. Aduhaii nye punnnnnn!!




Aku rasa insaf sekejap untuk beberapa hari ni. Okay,mungkin aku dah kena mula belajar enjoy driving mengikut had laju kebangsaan dan tak kejar traffic light even dah kuning lagi, insyaAllahhhh.... Semoga selamat semua orang :)

2 comments:

Ana Aishah said...

haha.signboard tu comel aje.
baca pun dah macam dak kecik.

*patuhi had laju. meronda di sini sambil jadi teman dan follower*

a's said...

#Ana Aishah
hihi macam slang cina pun ada :P
thanks for following