19 February 2012

Minda dan Jiwa

Aku tak suka sangat dengan mimpi kelmarin (a day after yesterday). Mimpi tu lama, dan indah tapi hakikatnya aku tak suka manusia yang digambarkan dan muncul dalam mimpi aku. Masuk ni,dah 2 kali aku mimpi benda yang sama.


Bila aku fikir betul-betul, baru aku tau apa punca aku mimpi ni. So, let it be a secret for myself jelah.


image credit to tumblr


The thing that I want to stress here is, the power of our mind. If we keep on thinking about someone, we will never have the chance to move on and vice versa. Don't let your emotion control your mind.



Contoh,kau cakap kau tak suka dengar lagu Aishiteru tapi bila lagu tersebut berkumandang di corong-corong radio time kau tengah drive kereta ataupun memasak dengan tak sengaja kau ter-nyanyi lagu tu jugak. See, mulut cakap benci tapi minda pulak buat benda lain.


Kalau kita biarkan emosi kawal kita,memang kita adalah manusia paling bermasalah dalam dunia ni.


I have an experience and I don't want to turn back time to my old days.


Contoh kalau mulut cakap dah sihat, tapi suhu badan still 38 degree celcius, sampai bila badan nak kebah sebab mulut dah tak nak telan ubat. Tapi bila minda main peranan dan cakap kalau minum air banyak, makan ubat dan makan complete meals insyaAllah akan sembuh dan suhu badan pun akan menurun. Tapi jangan terlebih makan ubat pulak! Masa muda ni memang tak nampak effect dia,tapi masa akan datang siap lah sakit sana sini sebab tu aku tak suka manjakan diri dengan Paracetamol dan sahabat-sahabat beliau...


Bila nak buat keputusan sila imbangkan antara minda dan jiwa. Allah bagi kita kelebihan aqal untuk berfikir. Use it wisely.





Kalau sapa panggil aku ustazah lepas baca entry ni aku baling selipar dekat muka!

No comments: