24 April 2012

Stress

Sejak balik ke Kuantan, memang ada saja aktiviti setiap hujung minggu. Meeting segala mak nenek ada. Dari sekecil-kecil peranan ke sebesar-besar tanggungjawab. Tugas tu amanah,nak tak nak kena laksanakan dengan sebaik boleh...



Kesian orang sekelilingku,asyik kena dengar aku membebel itu ini. Tapi dalam bebel-bebel pun tu aku ikhlas buat semua kerja cuma kadang-kadang biasalah mesti ada yang tak kena dengan orang dalam organisasi tu. Itu memang lumrah.



Takpa,ni semua pakej untuk persediaan masa hadapan. Nanti bila dah kerja, organisasi makin besar dan makin banyak hati nak kena consider jadi aku ambil semua ni sebagai 'latihan' untuk menjadi lebih baik untuk masa akan datang. Tak ada masa nak tunding jari sana sini sebab masa yang Allah bagi tu bukan nak salahkan orang tapi untuk memperbaiki diri untuk persediaan akhirat sana.



Betulkan aku jika aku salah,
ingatkan aku bila aku ghairah mengejar dunia, pimpin tanganku bila aku rebah,
Semoga kita sentiasa fokus bahawa destinasi kita sebenarnya di akhirat sana.






Bila aku stress,aku akan online di tempat yang wifi connection nya laju dan play video-video "Reality Changers". They really made my day brighter. So, I can encounter my stress well *even I whining sometimes -__-* They posted their 200th video yesterday.




Semoga program-program yang bakal berlangsung berjaya hendaknya.amin.
OPEN TO ALL IIUM KUANTAN STUDENTS & STAFFS





















p/s: By the time entry ni keluar,I maybe already done with my 'hiking' at Bukit Pelindung for the first time before the event on this Saturday morning for our batch activity. Phewwww...... Bismillahirrahmanirrahim....



No comments: