30 August 2012

Kek Batik

Disebabkan banyak sangat lebihan biskut Marries selepas buat kek lapis masam manis tu, terpaksa buat Kek Batik yang super simple demi menghabiskan semua biskut tersebut sebelum semut-semut yang berjaya menawan terlebih dahulu.

Berjaya buat 2 trays, 1 tray adik bawak balik hostel dan tinggal 1 tray untuk aku di rumah. Ayahanda serta ibunda memang tak berkenan sangat kek macam ni.




sangat comot tetapi sangat menjilat jari *pengsan puji masakan sendiri*





Resipi Kek Batik

Bahan-bahan:
250g butter
750g-1kg Biskut Marrie (setiap keping dipatahkan dua)
1 cawan serbuk coklat Van Houten
Setengah cawan serbuk Milo
Setengah tin susu pekat
1 cawan gula
4 biji telur


Cara-cara:
1. Cairkan butter di dalam periuk.
2. Masukkan gula dan kacau sehingga larut
3. Masukkan telur yang sudah dipukul sedikit demi sedikit ke dalam periuk
4. Kacau sehingga tidak berketul-ketul
5. Serbuk coklat Van Houten dan serbuk Milo dicairkan dengan .air panas dan seterusnya dimasukkan ke dalam periuk. Kacau sehingga sebati
6. Masukkan susu pekat dan teruskan mengacau. Gunakan api yang kecil dan kacau adunan sehingga menjadi pekat.
7. Masukkan biskut Marrie dan gaulkan sehingga biskut tersalut dengan coklat (hati-hati semasa mengaul, jangan sampai biskut hancur)
8. Curahkan kek batik ke dalam loyang yang telah disalut dengan margarine
9. Ratakan dan tekan kek  semasa masih panas supaya ianya mampat.
10. Masukkan kek ke dalam peti ais sebelum di potong.

No comments: