29 April 2010

Masalah Pernafasan

dalam 2-3 hari ni aku macam susah nak bernafas sikit. Aku dapat syak apa 'dosa' yang aku buat,tapi aku diam saja. Salah sendiri,sendiri mau tanggung la.

Aku mula dapat 'penyakit' susah bernafas ini semenjak aku berumur 18 tahun. Masa di kolej dulu,aku pernah kena attack yang sangat serius sampai muka aku pucat. Time tu roomate aku pulak pulang ke kampung halaman dan tinggal aku sorang saja dalam bilik. Luckily aku ada 'seseorang' time tu. Dia memang dah ready dengan kereta nak hantar aku ke PPUM which is dekat je dengan kolej aku.

But aku tak nak,aku tak nak pergi hospital dengan lelaki kecuali dengan ayahanda mahupun ibunda sahaja. Aku tahan juga sakit tu,siap SMS ibunda mintak ampun segala takut nyawa aku dicabut malam itu juga.

Allah Maha Agung,alhamdulillah aku semakin sembuh keesokan harinya.

January 2009,aku pergi checkup dengan Doctor Pakar di sebuah hospital swasta di Alor Star. Berbagai-bagai ujian aku jalani; ujian jantung,x-ray dada,dan banyak lagi yang aku sendiri pun dah lupa.


Aku fikir,aku ada asthma. Tapi doctor cakap aku tak ada asthma selepas aku jalani ujian astma tu. Kalau orang yang ada asthma memang tahu betapa pahitnya ubat sedut tu! Aku sampai terbatuk-batuk dan hampir nak muntah. Sudah la aku tak pandai 'telan' ubat sedut tu which is macam telan angin. Berkali-kali aku disuruh sedut dengan betul oleh akak nurse tu. Dia pun macam dah give up dengan aku.

Doctor cakap aku ni suka skip meals. (Memang pun! pandai dia teka kan!! huhu..) Dan akibatnya perut aku masuk angin dan aku memang ada gastric pun :(

Dan inilah akibatnya,aku 'ter-skip' meal hari selasa lepas. Aku tak makan nasi langsung dan hanya makan roti 4 keping saja kot for whole day.

Sekarang,terima lah akibatnya. Aku banyak diam saja sekarang sebab lelah/penat/sesak nafas itu datang lagi :(

Kawan-kawan,doakan kesihatan aku ya :(

No comments: