11 March 2011

9 Jenis Wanita Yang Ada Di Dalam Neraka

# Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih kerana wanita tersebut tidak menjaga rambutnya di jilbab di kalangan lelaki.


#Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituang ke kerongkongnya kerana wanita tersebut menyakiti hati suaminya dengan kata-kata


# Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya kerana wanita tersebut menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.


# Wanita yang digantung,diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit di bawah kekuasaan ular dan kala jengking kerana wanita tersebut keluar rumah tanpa izin suaminya,tidak mandi wajib dari haid dan nifas.


# Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya kerana wanita tersebut suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka mambicarakan keaiban orang lain.


# Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana wanita tersebut suka menonjolkan diri (ingin terkenal) di kalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.


# Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri


# Wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit leh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib


# Wanita yang kepalanya seperti kepala khinzir dan badannya seperti keldai kerana wanita tersebut suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.


# Wanita yang berbentuk seperti anjing kerana wanita tersebut merupakan ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.




;'( Sama-samalah kita jadikan ini sebagai alat pengukur untuk diri sendiri.

No comments: