18 March 2011

Musibah itu Satu Peringatan

Imam As-Sayuthi pernah menceritakan sebuah athar yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi ad-Dunya dan al-Hakim :


Saiyyidina Anas R.A telah mengunjungi Saiyyidatina Aisyah R.A di dalam sebuah majlis, dan di dalam majlis itu telah bertanya seorang lelaki,
“Wahai Ummul Mukminin, ceritakan kepada kami tentang gempa bumi”.


Beliau berkata :
“Apabila perempuan menanggalkan pakaiannya di tempat selain daripada rumah suaminya, terkoyaklah apa yang ada antaranya dan antara Allah daripada hijab (pendinding daripada azab), apabila perempuan memakai bau-bauan bukan untuk suaminya, maka baginya neraka dan kehinaan, dan apabila dihalalkan zina, meminum arak dan memukul alat muzik, maka ia telah menjadikan Allah Ta’ala di langit-Nya berfirman kepada bumi, “ Gegarkan mereka”, sekiranya mereka tidak bertaubat dan meninggalkan maksiat, mereka akan dibinasakan dengannya oleh Allah Ta’ala”.


Maka bertanya pula Anas R.A. :
“Apakah itu hukuman terhadap mereka (penduduk yang ditimpa gempa bumi)?”


Aisyah R.A. menjawab :
“Ianya rahmat, keberkatan dan peringatan kepada orang mukmin. Ianya siksaan, kemurkaan dan azab ke atas orang kafir”.

SubhanAllah!


image credits to zuleikha

2 comments:

Othman. F. said...

couldn't agree more meks :D
peringatan tu kene selalu ade sebab kite manusie mmg cpt lupa.

mcm aku, lagho!!

a's said...

me either! :'(
this semester I play a lot and sometimes forgot about my duties as HIS servant :(

shame on me :(