15 April 2011

Quick Update #9

Kalau nak dibandingkan kesibukan masa exam week dengan masa lepas exam week,aku vote for LEPAS EXAM WEEK!


Serious rasa nak tercabut tulang belakang dia punya letih!!


Semua benda nak dibuat dalam masa yang sama.Konon "I'm good at multi-tasking man! Nothing to worry".


Alih-alih terbongkang atas katil walaupun hanya untuk 30-60minit!


Semalam keluar merayap satu Kuantan sampai 1/2 day! Semua tempat pun nak pergi,semua benda pun nak kena settle and semua benda pun nak beli and end up I have spent rm100++ for SHOPPING ONLY. Sesal dahulu pendapatan gaji mak ayah,sesal kemudian mak ayah tak kasi duit dah.HA-HA.


Harini pulak bermain dengan ayam-ayam yang nak dijadikan BBQ malam esok oleh batch Kami Warna Warni..Bukan setakat cuci ayam dengan assam jawa dan tepung,tapi teropong setiap pore yang ada atas kulit ayam tu nak pastikan tak ada impurities mahupun bulu ayam yang tertinggal.


Jangan merasa geli geliman dulu,kitaorang tinggalkan sedikit lemak-lemak saki baki yang ada untuk memastikan ayam tu tak keras kekong lepas dibakor nanti. Kang takde yang nak makan.....


Baldi baju aku pun bau ayam tak habis lagi walaupun dah cuci dengan air assam+air sabun Jhonson & Johnson+air syampoo Panthene..hambik kau! degil betul bau ayam nih!!


Tadi masa tertido lepas cuci ayam tu pun aku boleh mimpi ayam sebab tangan ada saki baki bau ayam!! OMG!!! aku pun dah geng ayam dah lepas ni.


Sekian laporan untuk hari ini. Pukul 5.30 petang ni nak pergi rumah cikgu BM yang tak jadi haritu.Harap-harap harini tak kena wakenabeb lagi.


Bubbye!

1 comment:

Wahida said...

nanti bbq ngn geng samseng plak...