06 May 2011

Day 17

5 May 2011

Woke up in the morning and do the laundry twice -__-'



Cannot cook anything because daddy forgot to buy the beras and I am starving! Anak gajah memang selalu lapar! Tokwan (nanny's husband) came and lepak with me for few hours. Mind you,I am his cucu kesayangan walaupun setitik darah pun tak identical dengan beliau. Namun,aku memang terlampau-lampau manja dengan tokwan aku ni.

Kalau di Kuantan,lepas cakap phone dengan tokwan mesti aku rasa macam nak balik rumah dan terus homesick lepas tu Mr Strawberry (bukan nama sebenar) terpaksa jadi 'ayah' aku pulak dan nasihatkan aku to stay and be strong and wait until next coming holidays.


Mungkin aku dah biasa dikelilingi dengan orang-orang yang lebih matang,maka aku menjadi terlebih tak matang ;'(


At noon,tokwan nak pergi fetch his real cucu-cucu di sekolah. So tinggalah aku berseorangan dan terus pergi mandi. Disebabkan tak ada beras nak masak -__-' jadi buat pertama kali dalam hidup aku berjalan kaki seorang diri ke kedai makan favorite berhampiran rumah. Kalau aku jerit pakai microphone pun dah boleh order dari rumah,punyalah dekat kan.

my lunch.image credit to Google


Ingin diulang sekali lagi,itu KALI PERTAMA AKU PERGI KEDAI SEORANG DIRI SELAMA HAMPIR 21 TAHUN HIDUP DI DUNIA INI. Sebelum ni,memang adik aku jadi mangsa untuk ke kedai. Dan mungkin ini salah satu faktor adik aku lebih matang dan berani berbanding dengan aku yang kalau kedai makan penuh dengan lelaki terutama mat rempit aku terus tak jadi beli makanan dan sanggup makan maggie di rumah!


AKU PARANOID tahu??


Okay,sambung balik. Petangnya pulak layan tengok Shrek Forever Ever After sorang-sorang dalam bilik. Lepastu ibunda panggil tolong angkat buah-buahan dari kereta ayahanda untuk di packing untuk dibawa ke surau. Malam jumaat kan.


Ini yang best bila ayahanda kerja bahagian Agriculture nih,specifically bahagian tanaman buah-buahan. Kiranya bidang kerja ayahanda ialah control bahagian buah-buahan seluruh negeri Kedah. Bila musim buah-buahan macam ni,rumah aku memang akan dibanjiri dengan buah-buahan yang ditanam oleh Jabatan Pertanian sendiri. Jangan cakap ayahanda aku dapat 'rasuah' pulak ye. Itu memang diaorang yang tanam dan diaorang yang jual dan lebih-lebih tu kasi semua kakitangan rasa sorang sikit.


Dan sudah pasti,kualiti buah-buahan diaorang super duper terbaik! Paling aku suka ialah nenas! Manis sehingga aku lupa rasa nenas yang sebenar! 2 minggu lepas aku ada tengok demo diaorang buat kacukan baji dan tunas kot. No wonder buah-buahan semua meletops. Hybrid okay!!! Tak sabar nak belajar subject Tissue Culture next sem ke next 2 sem entah. I love Biotech! hahaha tetiba*


Lepas dah settle packing,terus mandi dan siap bertelekung padahal baru pukul 7pm. Lantak,aku malas nak bior rambut aku ngebang-ngebang macam kak limah,baik pakai telekung. So,drive lah aku ke kampung ibunda yang jaraknya lebih kurang 5-10 minit.


Sembang-sembang kejap then pergi surau. Pukul 9 settle semua,then singgah rumah mak sedara. Dapat makan kuih dengan laksa dan kopi pekat macam arwah tokwan punya favorite. Tapi aku tak minum kopi tu sebab aku memang alah dengan kopi.


Lepak dengan makcik-makcik ni kadang-kadang fun jugak.Nanti aku post apa yang diaorang sembangkan termasuk ibunda aku yang paling muda dalam group tu -___-'


Hantar salah seorang makcik (ahli sembang) tadi balik rumah dia sebab dah malam kan,kesian dia. Dah la duduk rumah sorang-sorang. So,lepas hantar terus balik rumah dan online macam biasa bro.


Oh,aku dapat lagi 1 interview kerja di butik pengantin. Gaji boleh tahan tapi kita tunggu dulu lepas interview sabtu ni baru boleh komen sebab tadi sms je pun. Semoga aku dapat lah kerja tu. Dapat duit sikit pun takpela,daripada rm0 kalau duduk rumah je macam ni.


Done with Day 17

3 comments:

Zie. said...

kak anna, nak thank you sbb inspired me utk masak2 this holidays. honestly rasa cm nak masak kt rumah because tgk kak anna masak cm senang, haha idk why. ma tanya 'eh ada bf da ke sakan sgt nak masak ni?' tp sbnrnya bcs tgk kak anna pnye blog.lawak skit.thanks, thought u might wanna know, hope this will make ur day :)

a's said...

#Zie Asri
hahaha,you are so cuteeeeeeeee!! Good for you,nanti boleh share recipe! Kak anna masak yang simple je,macam kari dengan masak lemak cili api ke belum lulus lagi la..hehehehe...untung your bf/future bf kan kan? hehehehe.

post dekat blog la hasil masakan u! nak tengok :P

Zie. said...

hahaha hari ni bt tom yam. but da nak habis bdk2 mkan.next time zie ambil gmbr okay ;) hee untung yr bf/future bf too :D