22 June 2011

Pengalaman: Putus Cinta #1

Disebabkan merasa diri sudah melangkah satu tapak ke hadapan (mungkin) daripada penyakit patah hati yang kronik,aku terpanggil untuk menulis tentang pengalaman 2 tahun dulu di blog untuk kawan-kawan yang senasib dengan aku. You know who you are darls


Demi menjaga nama baik semua pihak,aku tak nak cerita secara details tentang pihak yang lagi satu.biar aku cerita di pihak aku saja,kalau orang nak benci pun benci aku sorang.bukan orang lain.


Cukup mukadimah yang meleret-leret,ayuh kita mulakan.zasssss!


Kejadian tersebut berlaku pukul 10.30malam, melalui YM. Usai semua pertengkaran kecil,aku berlari ke tangga yang berhampiran dengan bilik. View block bilik aku ialah Pemandangan arah UKC,KC,Block E,Jaya One and etc. Budak university aku mesti faham.


Dengan ditemani telefon bimbit,aku menangis tapi tak berbunyi. Hanya air mata jatuh ke pipi.Sedih, tapi aku masih ego di depan roomate aku sebab tu aku lari keluar untuk menangis di tangga sambil menghirup udara malam. Walaupun dengar macam sangat contra,tapi memang itu yang aku buat pada malam tu. MENANGIS sepuas hati.



Sambil menangis,aku sempat kirimkan SMS kepada 2 insan terdekat. Kebetulan kedua-duanya pulang ke rumah masing-masing sebab hari jumaat takde kelas. Waniiee dan Srii,mereka orang pertama yang tahu pasal hal ni.Mereka juga banyak yang tolong aku dulu.Itu kita cerita kemudian.


Habis sudah air mata,lebih kurang pukul 12 macam tu aku naik ke tingkat 4. Masa tu tingkat 4 tak berpenghuni sangat,aku pun tak ingat kenapa. Yang pasti,aku nak melihat pemandangan dari tempat yang lebih tinggi. Kononya SMS ugut sang penghancur hati konon-konon aku nak buat aksi stunt superwoman.


Hakikatnya,aku masih waras dan ingatkan kedua ibu bapa aku ketika itu.


Alhamdulillah aku tak buat benda bodoh. Tapi aku banyak termenung.


Dalam jam 1am macam tu,aku pulang ke bilik dan terus tidur. Tak terdaya aku nak bertentang mata dengan cik roomate kesayangan sebab aku masih belum kuat nak ceritakan semuanya kepada beliau.


Sejak dari malam tu,hari-hari aku suram. Walau aku punya rakan-rakan terbaik dan salah 2 orang daripada mereka ialah nama-nama yang disebutkan di atas,namun aku masih lagi berduka.


Dalam masa 1 tahun,aku berjaya memiliki berat badan 40kg dari 43/44kg. Hebat bukan? Dalam masa setahun juga 'power' kaca mataku meningkat mencanak-canak sehinggakan optometrist tu terkejut dengan rekod 'power' kaca mata aku berbanding setahun sebelumnya. Silau semakin kuat,dan aku dinasihatkan dengan tegas oleh beliau agar menjaga pemakanan dan cara aku membaca/menggunakan komputer bagi mengelakkan mataku menjadi rosak dengan lebih serius dan ini bukan perkara main-main.


Sebab utama mata aku semakin silau ialah,aku suka online di tengah malam dan masa tu roomate dah tidur tak sampai hati nak pasang lampu bilik jadi aku pasang lampu meja dan online di atas katil. Aku akan online sehingga pukul 4 pagi,kemudian tidur dan bangun pukul 6.30pagi untuk solat dan bersiap ke kelas.


Begitulah rutin harian sehingga aku tamat pengajian di peringkat foundation.


Mengapa aku 'stay up'?


Sebab aku nak hilangkan rasa bosan,sebab aku siapkan tugasan sebelumnya dan lepas pukul 2pagi baru selesai dan berpeluang nak online.



Seriously,aku rasa hidup aku tunggang langgang masa tu.



Bersambung....................................

2 comments:

Dekna said...

huhu..

kite kuat kan anna!

:)

a's said...

#Cik NurulZaty
take my story as your guideline..jgn jd mcm anna okay?

you must be stronger than me,i know u can!! :)