27 June 2011

Vacation: Langkawi #2

Kitaorang check in di hotel Langkasuka. Aku rasa hotel ni taraf 3 bintang saja kot? Sebab utama ayahanda memilih untuk tinggal di hotel ni ialah kerana hotel ini bergabung dengan shopping complex. Makanya aku tak perlu bimbang walaupun ayahanda akan keluar dari hotel early at 8am and only came back at 8pm,aku tak akan bosan; kononya.


Jadi,malamnya aku malas nak keluar bilik as usual dan gila best wifi hotel setiap level laju gila tengok YouTube tak perlu buffer pun. Teruja mak nokkk!! Tapi teruja pun tak teruja sangat sebab aku bawak handphone dengan camera SAHAJA!! Sebab pada awalnya aku ingat ayahanda hanya berurusan di Langkawi selama 1 hari 1 malam,tapi malang sekali telah menjadi 3 hari 2 malam aku di sana. Nasib baik aku jenis orang yang suka bawak baju spare bila nak pergi mana-mana.


Aku dapat tahu tentang itu pun masa dalam ferry dah.


Done with Day 1


Day 2,aku breakfast seorang diri since ayahanda breakfast awal gila pukul 7. Aku malas nak breakfast awal-awal sebab there is nothing to rush pun. Kalau makan awal,lapor cepat. Terpaksa lunch awal. So,baiklah aku breakfast lewat sikit.


Sementara ayahanda ada di bilik,aku cuba nak mintak ayahanda sewakan kereta untuk aku. Yes,at first ayahanda macam ada doubt takut aku tak pandai drive kereta orang. Ada kawan ayahanda aku offer nak kasi pinjam kereta Exora tapi panjang sangat pulak padahal aku nak drive sorang je pun.




So,masa aku tengah baik punya layan breakfast sorang-sorang dan makan macam tak ingat dunia sambil ber-FB, ayahanda pun call cakap nanti kawan dia hantarkan kereta kancil dan tunggu di lobby. Aku bukan main happy! Yeay,tak payah jadi lone ranger sangat lepak shopping complex sebelah hotel ni.


Tapi aku terfikir jugak,nak pergi mana dengan kereta ni? Aku tau jugak jalan-jalan Langkawi ni tapi bila jalan-jalan sorang-sorang semua tempat yang best jadi tak menarik!


Mana aku pergi lepas ni??




Bersambung.........................

4 comments:

petulia said...

ceyh,buat saspen pulak..haha

a's said...

#lilin
effect drama tu penting!! haha

iela_fadila alias said...

tu la psai,pandai tol wut dup dap dup dap,haha

a's said...

#iela_fadila alias
jeng jeng jeng! pengarah drama terhebat kan gua? LOL