14 July 2011

Batal Puasaku!

Untuk kesekian kalinya aku dah membatalkan 'puasa' buah-buahan membawa kemudaratan seperti durian dan rambutan sejak musim buah bermula!


Durian fresh from oven (buah/kulit) aku tak pernah makan sejak zaman sekolah menengah lagi,tapi kalau donut Durian di Big Apple aku memang penggemar tegar! Sedap nak mampus! Sebab isi durian tu dah dijadikan krim,kiranya tak pure sangat so boleh makan tanpa rasa bersalah :D


Bila dah ada di rumah ni,nak nak pulak ayahanda tu seorang yang mengawal segala buah-buahan di negeri Kedah ni,memang pergi!!! Setiap hari memang bakal bawak balik buah-buahan ikut musim. Bulan 4 aritu penuh dengan buah pelam/mangga/pauh (semua dialek aku sebat). And now memang musim rambutan dan durian. Penuh dengan buah aje weh! Tak tau nak sedekah dekat mana dah sebab orang-orang sini pun banyak je kebun di kampung diaorang. Masing-masing pun dah lawan tolak tolak buah durian tu.


ini bukan Tenggiling! tapi Buah Salak! Fresh from Sabah.
p/s: untuk kaum kerabat yang takdak di rumah,maaf ayahanda beli 1 kg ja dan 500g dalam perut den,500g lagi dalam perut mommy monster.HAHA



Itu tak campur dengan buah di kebun sendiri,kebun pakcik-pakcik aku dan diaorang main hantar di rumah pulak.Syukur alhamdulillah,orang cakap tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima kan?


Pada awal-awal musim dulu,masa tu durian tak berapa nak berbuah lagi. Ayahanda sanggup beli sebiji durian dengan harga RM 20 di pasar malam. Gila kentang!! Buah tu tak besar mana pun aku rasa,tapi kulit dia tebal kot? (theory sendiri ;p )


Sekarang,ambik kau! Makan sampai muntah!


Dan aku yang dah lama berpuasa makan durian ni pun dipaksa rela oleh ayahanda untuk makan bersama. Yelah,dalam rumah ni ada 3 orang je. Kalau aku tak makan,mamang jenuh jugak ayahanda dan ibunda nak tarik nafas dan telan semua buah-buahan tu.


Ayahanda punya pe'el pulak suka kopek durian di dapur sorang-sorang lepas tu jerit-jerit panggil kitaorang semua makan sama-sama. Selagi tak pegi makan,selagi itu lah dia jerit panggil nama masing2. -________-" Kalau bagi alasan lain tak nak makan,mula la merajuk! Now I know aku dapat genetic merajuk ni daripada siapa.LOL


Rambutan pulak memang aku dah kupas berbakul-bakul letak dalam fridge so that senang ibunda dan ayahanda nak makan bila diaorang balik kerja.




Sekali 2 hari lepas aku TER makan rambutan tu 1 biji sebab tergoda dengan kesejukan dan kecantikan beliau yang berwarna putih gebu tu. Demmm aku dah batal puasa! Terus stop makan dan berazam nak puasa balik sebab aku mudah sakit tekak dan demam kalau makan rambutan or durian.



For now,tak boleh puasa durian lagi sebab BANYAK sangat dalam raga di dalam stor luar rumah tu. Aku dah buat cekodok durian hari-hari pun tak habis-habis lagi..Takpe,syukur jela dengan nikmat ni,nanti abis musim durian aku puasa balik :P

3 comments:

iela_fadila alias said...

muahahaha..
ak ingatkan posa btoi2 pastu terbatal..mlmpau ngat tu..ahhak

xsabaq nak balik kg nak g dusun !

a's said...

#iela_fadila alias
ni puasa betui2 jgk la ni..lalalala

Cik NurulZaty said...

kt umah i skrg...de durian berlongook. rambutan yg dipetik kt pokok sndiri..

hoho..

but. i x mkn pun sgt buah2 ni..huhu