04 July 2011

Mengapa Perlu Berpecah Belah?

Malam Jumaat lepas,aku ke surau kampung ibunda macam biasa. Apa yang aku nak ceritakan di sini ialah topic yang imam surau tu bincangkan dan juga penerangan beliau melalui ayat dalam Surat Al-Muţaffifīn (The Defrauding) - سورة المطففين ayat 29-36.


Lepastu imam tu bagitau lagi,Nabi Muhammad SAW pernah cakap yang kaum Yahudi akan berpecah kepada 72 puak, kaum Kafir berpecah kepada 72 puak dan orang Islam pula berpecah kepada 73 puak.


Terbaru,mungkin pelajar-pelajar di Mesir aware pasal kes ni. Kaum Wahabi ingin menguasai Universiti Al-Azhar pada tahun hadapan dan jika hal ni berlaku,maka lepas ni tersebarlah ajaran kaum Wahabi yang tak bertepatan dengan aqidah Muslim Sunni sekarang. Na'uzubillah.


Imam tu cakap lagi,Kaum Wahabi ni tak membenarkan umatnya membaca talkin,tahlil dan percaya kepada Nabi Muhammad SAW. Banyak lagi perkara yang bercanggah dengan Muslim Sunni (Ahli Sunnah Wal Jemaah) tapi itu saja yang aku tahu dan dapat ingat sekarang.


Bagaimana Kaum Wahabi ni hampir berjaya 'menakluki' Universiti Al-Azhar?


Jawapannya mudah,dengan hanya menggunakan wang yang mereka ada untuk membeli share dalam universiti tu.


Kemudian imam tu bagitau yang ramai anak muda sekarang termasuk anak muda Malaysia yang sudah terikut dengan ajaran kaum Wahabi ni.Mungkin segelintir saja kot? Aku pun tak pasti. Na'uzubillah. Sekali lagi,aku takut dengan ancaman perang aqidah macam ni.




Berbalik kepada tajuk di atas,sejak zaman kerajaan Abassiyah lagi umat Islam dah mula berpecah kepada puak-puak. Di Malaysia pun tak kurang hebatnya,tapi berpecah kerana politik?


Kita pun nak jadi calon puak-puak yang ada dalam 73 puak tu?? Mana semangat perpaduan yang di ikrarkan setiap kali masa perhimpunan sekolah rendah dulu? Mana janji mu itu?


Aku memang tak berpihak pada mana-mana tapi yang pasti aku belum puas menikmati "kemerdekaan" yang diperjuangkan oleh para pejuang dulu-dulu seperti Tok Janggut, Dato' Bahaman, Tunku Abdul Rahman dan lain-lain. Kalau bumi tanah tumpah darah kita ini "dijajah" semula,baru kita nak menangis air mata darah kerana tak pernah bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Dan masa tu,menyesal pun dah tak berguna kerana nasi dah jadi bubur dan tak boleh nak ditanak menjadi nasi semula.




Ambik contoh negara Palestin. Rakyat diaorang berhempas pulas memperjuangkan tanah tumpah darah diaorang. Kaum wanita sanggup bergadai nyawa, memegang senjata seperti senapang untuk mempertahankan keluarga mereka daripada ancaman musuh.Mereka memperjuangkan Islam, memperjuangkan tanah orang Islam. Itu baru dinamakan jihad kerana Allah SWT.


Kalau semua pun nak jadi api,siapa pula nak jadi pemadam api jenama SRI jenis habuk ABC? lol srii jangan rotan aku please :P





Renung-renungkan sebelum terlambat,
Jangan sampai Allah dah tarik nikmat,
Baru ingat nak berjabat tangan dan bertaubat.


Aku bukan orang yang layak untuk berbicara tentang agama kerana aku tak belajar dengan lebih details tentang dalil,kitab,hadis yang berkaitan tetapi aku impikan sebuah kedamaian.Tolonglah faham.


Nak diikutkan hati,aku malas nak bersuara pasal hal duniawi yang boleh merosakkan aku ni tetapi aku dah tak tahan dengan perang politik di laman-laman sosial. Hey guys,don't you know how to differentiate between Social Network and Political Network??


“Allah grants wisdom to whom He pleases and to whom wisdom is granted indeed he receives an overflowing benefit.”

[2:269] The Holy Quran







p/s: Ini hanya pendapat peribadi. Tiada provokasi atau menyebelahi mana-mana pihak.Sekian,peace yawwwwwwwwwww~


No comments: