18 July 2011

Panas Hati #2

Ini hal berlaku petang semalam.


Situasi: Ayahanda tengah memandu laju di jalan Kangar-Beseri (mind you jalan adalah halfway je 2 lanes then 1 lane per way). Tetiba ayahanda bagi signal kiri dan terus break ala-ala mengejut tapi belum break emergency. Aku dan ibunda dah pelik,apahal ayahanda nih.Jalan ni straight saja,mana ada belok-belok!


Rupa-rupanya ada Ambulans di belakang kitaorang. So,soalan telah terjawab.


Right in front of our car ada kereta Mercedes C class ke S class eh tak sure tapi extra panjang and lebor. Makanya makan space jalan yang hanya 1 lane tu!!


Dan aku panas hati sangat bila kereta tu sibuk nak drive laju jugak and macam tengah bersaing dengan ambulans tu. Dan kebetulan lane lagi 1 iaitu dari arah bertentangan memang banyak kereta jadi ambulans tu tak dapat nak pecut laju walaupun dah siap pasang siren.


Dalam 50meter jugak kereta Mercedes tu tak bagi chance ambulans tersebut memotong. Apatah lagi dia nak berhenti di kiri jalan untuk few seconds sahaja bagi memberi laluan untuk ambulans tersebut!


Aku tak tahu la yang drive kereta Mercedes tu Dato'/Datuk/Tan Sri mahupun siapa-siapa sebab dia drive sendiri. Tak tahu la pulak kalau-kalau beliau driver kepada orang-orang yang aku sebut di atas sahaja.


Tapi siapa anda itu SANGAT tidak penting bila melibatkan Ambulans/Lori Bomba yang tengah struggle nak sampai ke destinasi diaorang. Takkan tak pernah belajar di sekolah memandu dulu yang bila nampak SNALUBMA melalui back mirror kau kena slow down kenderaan dan bagi laluan????


Mana nilai kemanusiaan manusia sekarang ni?? Seriously aku tak faham..


Bayangkan bila masa tu anda/ahli keluarga anda yang berada dalam ambulans tersebut dan tengah bertarung nyawa untuk hidup tetapi tak sempat diselamatkan kerana ada kenderaan yang buat hal macam yang anda buat dulu? Apa anda rasa?? RASA MENYESAL pun tak guna!!


Pesanan: Sila sensitif dengan keadaan sekeliling,hidup ini kena ada toleransi.





p/s: Fyi,setiap kali balik dari sekolah adik mesti jumpa pemandu-pemandu yang sangat tak berhemah! Apa kes?
p/s/s: Kenapa aku suka fikir benda-benda kemasyarakatan sangat sejak dari kecik ha?Mungkin aku bakal ganti Datuk Shahrizat kot nanti? "keliaaaaaaa laaaa" orang kedah cakap.hahaha

2 comments:

Kay Amira Zain said...

saya faham sangaaattt ! ;) bersabar lah kita :)

a's said...

#kays
kita pemandu berhemah! yeayyy :D