13 June 2012

Plan Masa Cuti

Masuk harini dah 4 hari aku di rumah. Masih belum puas nak berehat golek-golek macam penganggur terhormat. Tapi sejak aku cuti haritu,dah ada 3-4 orang yang bertanya khabar tentang apa plan aku cuti 3 bulan ni.


So,bagi menjawab semua pertanyaan anda saya ingin jelaskan di sini bahawasanya saya tiada plan yang khusus untuk cuti ini. Ya, aku memang seorang yang agak berpegang kepada 'plan' ataupun "organized person" jika di universiti sebab aku kena pandai-pandai bahagi masa untuk online dan tidur #eh? Tidak,maksud aku plan masa untuk buat semua kerja dan at the same time tak memudaratkan diri gitu. Time management is a key to success!



Tapi tidak bagi cuti kali ni,dan sebelum-sebelumnya. Aku tak akan bekerja kerana

# Ayahanda tidak akan pernah bagi aku kerja dekat area sini kalau setakat kerja sales assistant gaji RM400 sebulan tapi seminggu kerja 7 hari,10 jam sehari.
# Aku hanya balik rumah bila cuti mid semester dan cuti akhir semester, jadi aku WAJIB untuk menggunakan cuti 3 bulan ini untuk memanjakan diri bersama keluarga,rakan-rakan, makanan dan menikmati internet laju serta TV di rumah tanpa batasan semampunya
# Purata gaji untuk kerja part time area Kedah amat mendukacitakan..Yelah sesuai sangat dengan living cost yang tak semahal Kuantan tu kan
# Ramadhan menghampiri, aku tak nak bazirkan another Ramadhan for MONEY!
# Cuti panjang yang sama dengan universiti lain amat sukar dimiliki, maka seharusnya digunakan sewajarnya untuk berjoli sesama rakan-rakan 2 minggu lagi!! :D



image credit to Tumblr



Jadi,jangan tanya lagi apa plan aku untuk cuti kali ni okay? Aku nak pegang title PENGANGGUR TERHORMAT buat sementara waktu ^___^ sebab next year by this time insha Allah akan busy dengan industrial training. Berpeluh ketiak baq hang takut nak start FYP pulak lepastu....




1 comment:

iela_fadila alias said...

hehe.. bestnya lama kat umah ! amboi, smpai bpeluh ketiak ! gudluck btw ;)